Menilai semula konsep “serumpun” dalam hubungan Malaysia- Indonesia

Hubungan Malaysia-Indonesia masakini dipengaruhi oleh pelbagai dinamika baharu yang kadangkala melahirkan suasana kurang harmonis antara keduanya. Perubahan politik, ekonomi dan keselamatan domestik serta serantau telah memberikan cabaran besar dalam menguruskan hubungan dua hala berdasarkan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ruhanas Harun
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25599/
http://journalarticle.ukm.my/25599/1/Sinergi_3_2_6.pdf
Description
Summary:Hubungan Malaysia-Indonesia masakini dipengaruhi oleh pelbagai dinamika baharu yang kadangkala melahirkan suasana kurang harmonis antara keduanya. Perubahan politik, ekonomi dan keselamatan domestik serta serantau telah memberikan cabaran besar dalam menguruskan hubungan dua hala berdasarkan pada kerangka konsep “serumpun” yang pernah dibangunkan sebelum ini. Kini konsep keserumpunan kurang difahami sehingga banyak menimbulkan keraguan mengenai kerelevanannya dalam mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia Indonesia, sedangkan ia membantu membina hubungan istimewa antara dua negara tersebut. Maka timbul persoalan, apakah konsep tersebut masih relevan dan boleh diteruskan bagi mengukuhkan hubungan istimewa Malaysia-Indonesia? Atau sebaliknya, ia tidak lagi relevan dalam persekitaran geopolitik dan geostrategik serantau yang berubah dan mencabar? Artikel ini membincangkan mengenai cabaran membina semula hubungan Malaysia Indonesia berlandaskan konsep keserumpunan serta keperluan mencari pendekatan baharu dalam mengeratkan hubungan antara keduanya.