Hubungan Rusia-Ukraine pasca kejatuhan Kesatuan Soviet: dari perselisihan kecil ke kancah perang

Selepas tamatnya Perang Dingin dan Kesatuan Soviet dibubarkan pada tahun 1991, Ukraine dan Rusia menjalinkan kerjasama yang baik dari pelbagai aspek, walaupun terdapat beberapa pergeseran dalam isu domestik. Ukraine mengambil pendekatan berkecuali dalam menjalankan pentadbirannya kerana Ukrain...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Maifuza Abdul Malik, Riki Rahman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25598/
http://journalarticle.ukm.my/25598/1/Sinergi_3_2_5.pdf
Description
Summary:Selepas tamatnya Perang Dingin dan Kesatuan Soviet dibubarkan pada tahun 1991, Ukraine dan Rusia menjalinkan kerjasama yang baik dari pelbagai aspek, walaupun terdapat beberapa pergeseran dalam isu domestik. Ukraine mengambil pendekatan berkecuali dalam menjalankan pentadbirannya kerana Ukraine memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Rusia dan Barat. Namun, semuanya berubah apabila Ukraine menyatakan hasrat untuk menganggotai NATO pada tahun 2008. Hasrat itu diterima baik oleh NATO, sebaliknya ditentang oleh Rusia sehingga mencetuskan konflik berlarutan dengan Ukraine, termasuk pengambilalihan Crimea dan pendudukan di Donbass. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan perkembangan konflik yang berlaku antara Rusia dan Ukraine dan untuk mengenalpasti faktor pencetus konflik diantara kedua-dua negara. Kaedah perpustakaan digunakan untuk mengumpulkan maklumat sekunder daripada buku, jurnal, laporan, akhbar dan sumber internet yang berintegriti. Hasil kajian mendapati tindakan Rusia menyerang Ukraine disebabkan untuk memastikan survival dan keselamatan kedaulatannya daripada ancaman kuasa besar seperti AS dan NATO yang semakin hampir di rantau Eropah Timur. Kajian ini juga mendapati terdapat dua faktor yang mencetuskan berlakunya konflik Rusia dan Ukraine, iaitu dalaman dan luaran. Faktor luaran seperti peluasan kuasa dan pengaruh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, NATO yang menghampiri sempadan Rusia dan kuasa geoekonomi Rusia di luar negara adalah memainkan peranan dalam mencetuskan konflik tersebut. Manakala faktor dalaman pula ialah kewujudan kumpulan elit Rusia yang berperanan mengambil keputusan penting negara dan keupayaan ketenteraan Rusia yang hebat.