Pemikiran nasionalisme dalam naratif pantun Melayu

Pemikiran nasionalisme dalam naratif pantun Melayu mencerminkan identiti, jati diri, dan semangat kebangsaan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Pantun bukan sekadar puisi tradisional, tetapi turut berperanan sebagai medium penyampaian pemikiran kolektif tentang kedaulatan, perjuangan, dan kecin...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Awang Sufi Udin, Zubir Idris
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25556/
http://journalarticle.ukm.my/25556/1/JMS%209.pdf
Description
Summary:Pemikiran nasionalisme dalam naratif pantun Melayu mencerminkan identiti, jati diri, dan semangat kebangsaan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Pantun bukan sekadar puisi tradisional, tetapi turut berperanan sebagai medium penyampaian pemikiran kolektif tentang kedaulatan, perjuangan, dan kecintaan terhadap tanah air. Perbincangan dalam makalah ini menganalisis elemen nasionalisme dalam pantun Melayu dengan meneliti tema-tema utama seperti semangat perjuangan, kepimpinan, kedaulatan, serta nilai budaya yang membentuk kesedaran kebangsaan. Data yang digunakan di dalam makalah ini diperoleh daripada koleksi pantun Melayu seperti Pantun dan Bahasa Indah Jendela Budaya Melayu (2013), Pantun Jiwa Masyarakat Melayu (2012), Setaman Pantun Merdeka (2007), Pantun Pak Nazel: 101 Perkara (2012), Pantun Pak Nazel: Sejujur Kata Seikhlas Hati (2017), Kurik Kundi Merah Saga (2002), dan Rampai Sari Pantun (2017). Perbincangan ini juga merungkai makna tersirat dalam pantun yang menggambarkan aspirasi politik dan sosial masyarakat Melayu. Hasil analisis mendapati bahawa pantun Melayu bukan sahaja mencerminkan pandangan dunia masyarakatnya, tetapi juga menjadi alat penting dalam membentuk pemikiran nasionalisme yang berakar umbi dalam budaya dan tradisi. Penulisan makalah ini diharapkan dapat memberikan sumbangan penting dalam memahami warisan sastera Melayu sebagai medium perjuangan nasionalisme serta membuktikan bahawa pantun tetap relevan dalam membina semangat kebangsaan dalam kalangan generasi masa kini.