Migrasi antarabangsa dan polisi awam: kajian terhadap proses penggubalan dasar pekerja asing di Malaysia
Artikel ini mengkaji dilema serta polemik dasar pengambilan pekerja asing seiring dengan faktor migrasi transnasional dan kebejatan kebanjiran Pendatang Tanpa Izin (PATI). Penyelidikan dijalankan menerusi perspektif proses penggubalan polisi (policy decision-making process) dalam Pengajian Kerajaan...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25544/ http://journalarticle.ukm.my/25544/1/document-2.pdf |
| Summary: | Artikel ini mengkaji dilema serta polemik dasar pengambilan pekerja asing seiring dengan faktor migrasi transnasional dan kebejatan kebanjiran Pendatang Tanpa Izin (PATI). Penyelidikan dijalankan menerusi perspektif proses penggubalan polisi (policy decision-making process) dalam Pengajian Kerajaan dan Pentadbiran Awam (Government and Public Administrative Studies). Kaedah penyelidikan kerja lapangan kualitatif dijalankan dengan menemubual pelbagai responden yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penggubalan, perlaksanaan serta pengurusan pekerja asing di Malaysia. Sampel responden dikategorikan kepada pegawai kerajaan iaitu mereka yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (JKPA-PATI), serta pegawai bukan kerajaan seperti wakil majikan dan pekerja, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan ahli akademik. Hasil kajian mendapati penglibatan pelbagai pihak dalam pengurusan pekerja asing dan kekaburan matlamat menjadi dua elemen yang mewujudkan pertikaian utama dalam penggubalan dan perlaksanaan polisi ini. Di samping itu, kajian juga mendapati wujud pelbagai pihak yang terlibat dalam pengurusan pekerja asing sama ada di pelbagai peringkat penggubalan mahupun pelaksanaan Dasar Pekerja Asing. Hal ini telah mengakibatkan berlaku percanggahan dalam proses perlaksanaan dasar tersebut sehingga proses dan titik akhir polisi awam yang berkaitan dengan pekerja asing tidak selari atau bercanggah dengan prioriti keselamatan negara dan kepentingan nasional Malaysia. Secara keseluruhannya, kelemahan serta ketirisan yang dikenal pasti adalah suatu risiko dan kos terhadap polisi awam, baik di peringkat penggubalan mahupun pelaksanaan, khususnya mendepani cabaran mutakhir peningkatan jumlah PATI. Ini suatu indikator penting bagi sesebuah polisi awam yang kurang berjaya tetapi boleh diperbaiki. Dapatan kajian ini sebenarnya adalah peluang untuk membantu penambahbaikan berterusan serta usaha sedia ada negara dan masyarakat secara menyeluruh. |
|---|