Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024: dinamika, isu dan implikasi global

Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 yang telah melabuhkan tirainya pada 5 November 2024 menyaksikan kemenangan kali kedua Donald Trump sebagai presiden dalam sejarah politik Amerika. Trump berjaya mengekalkan popularitinya dalam kalangan pengundi Republikan meskipun menghadapi cabaran...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Norhafiza Mohd Hed
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25519/
http://journalarticle.ukm.my/25519/1/Sinergi_4_2_10.pdf
Description
Summary:Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 yang telah melabuhkan tirainya pada 5 November 2024 menyaksikan kemenangan kali kedua Donald Trump sebagai presiden dalam sejarah politik Amerika. Trump berjaya mengekalkan popularitinya dalam kalangan pengundi Republikan meskipun menghadapi cabaran sengit daripada lawannya, iaitu Kamala Harris yang bertanding di bawah tiket parti Demokrat. Pilihan raya presiden 2024 ini dilihat sebagai peristiwa signifikan yang mencerminkan perubahan politik, ekonomi, dan sosial yang besar dalam konteks moden. Dalam keadaan politik yang berpecah, tumpuan diberikan kepada pengaruh pengundi muda, dikotomi bandar-luar bandar dan minoriti, serta isu-isu seperti ekonomi, hak asasi manusia, dan perubahan iklim yang menjadi agenda utama. Oleh itu, komentar ini membincangkan beberapa dimensi utama pilihan raya presiden AS dengan menumpukan kepada dinamika politik terkini, isu-isu kritikal, serta implikasi global pilihan raya ini. Pada skala global, keputusan pilihan raya ini bukan hanya membawa kesan besar kepada dasar politik dan ekonomi di Amerika Syarikat sahaja, namun ianya memberi impak besar terhadap hubungan dan keselamatan antarabangsa, khususnya isu Palestin-Israel. Secara keseluruhan, artikel ini menekankan signifikan pilihan raya ini dalam menentukan arah masa depan AS dan implikasinya terhadap landskap geopolitik dunia.