Volatiliti tren harga pasaran harta tanah hakisan pantai dan harta tanah persisiran pantai

Hakisan pantai merupakan masalah global yang memberikan impak kepada harga pasaran harta tanah dan juga kesan langsung dan tidak langsung hampir kepada negara, komuniti dan alam sekitar. Zon pantai di Malaysia sepanjang 4,809 kilometer dan dianggarkan melebihi 30 peratus daripada panjang pantai terj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Masfaliza Mohsen, Norngainy Mohd Tawil, Khairul Nizam Abdul Maulud, Siti Rosemawar Mohd Sahi, Zulkhairy Affandy Mohd Zaki
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25513/
http://journalarticle.ukm.my/25513/1/144_166.pdf
Description
Summary:Hakisan pantai merupakan masalah global yang memberikan impak kepada harga pasaran harta tanah dan juga kesan langsung dan tidak langsung hampir kepada negara, komuniti dan alam sekitar. Zon pantai di Malaysia sepanjang 4,809 kilometer dan dianggarkan melebihi 30 peratus daripada panjang pantai terjejas akibat hakisan pantai. Negeri Johor merupakan kedua tertinggi di Malaysia mengalami hakisan pantai dengan jumlah jarak 234.8 km dan negeri tertinggi bilangan kawasan hakisan pantai melibatkan 29 buah lokasi. Dapatan penyelidikan terdahulu menunjukkan kesan hakisan pantai mengakibatkan penurunan harga harta tanah terutama berhampiran garis pantai atau di kawasan terdedah risiko hakisan. Penemuan penyelidikan terdahulu menunjukkan harga harta tanah menurun antara 1 peratus hingga 52 peratus bergantung jarak dan kadar hakisan. Penyelidikan bertujuan mengukur tren harga pasaran harta tanah terlibat hakisan pantai. Seterusnya, menganalisa tren beza harga pasaran harta tanah terlibat hakisan pantai dengan harga pasaran di persisiran pantai. Kaedah Kuantitatif digunakan sebagai kaedah penyelidikan bagi pengumpulan data. Data transaksi harga pindahmilik jual beli harta tanah yang diperolehi dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Malaysia dikumpulkan dan dianalisa untuk mengukur tren pergerakan harga pasaran harta tanah yang terlibat hakisan pantai dan harta tanah di persisiran pantai selama 15 tahun (2009 - 2023) fokus di Batu Pahat melibatkan Mukim Minyak Beku, Kampung Bahru, Sungai Punggor dan Sungai Kluang. Penemuan penyelidikan sepanjang tempoh 2009 – 2023 (15 tahun) membuktikan harga pindahmilik jual beli harta tanah hakisan pantai lebih rendah sebanyak 32.88 peratus hingga 92.54 peratus dari harga pindahmilik jual beli harta tanah di persisiran pantai kecuali pada tahun 2013, 2016 dan 2017 menunjukkan hasil dapatan sebaliknya. Ini membuktikan kesan hakisan pantai secara drastiknya mempengaruhi harga pasaran harta tanah di Batu Pahat. Penyelidikan ini diharapkan dapat memberikan kefahaman kepada masyarakat dan para pemain industri harta tanah berkenaan kesan harga pasaran harta tanah akibat hakisan pantai.