Hubungan persekitaran organisasi terhadap kepuasan kerja kakitangan Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti: Projek Perumahan Rakyat Malaysia
Kepuasan kerja merupakan merupakan perspektif yang dinamik yang sentiasa berubah-ubah terhadap persekitaran dan geografi mengikut peredaran zaman. Kajian berhubung kepuasan kerja merupakan aspek kajian berterusan berdasarkan sifat dinamiknya. Pelbagai aspek boleh mempengaruhi kepuasan kerja, melibat...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25509/ http://journalarticle.ukm.my/25509/1/115_131.pdf |
| Summary: | Kepuasan kerja merupakan merupakan perspektif yang dinamik yang sentiasa berubah-ubah terhadap persekitaran dan geografi mengikut peredaran zaman. Kajian berhubung kepuasan kerja merupakan aspek kajian berterusan berdasarkan sifat dinamiknya. Pelbagai aspek boleh mempengaruhi kepuasan kerja, melibatkan faktor dalam dan luaran sesebuah organisasi. Justeru, faktor-faktor ini perlu dikaji bagi memahami kesannya terhadap kepuasan kerja kakitangan bagi mencapai visi dan misi organisasi. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan PSMK. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor persekitaran organisasi dalam memberi impak terhadap kepuasan kerja pegawai dan kakitangan yang bertugas di PSMK. Pengumpulan data dalam kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik yang melibatkan 62 responden dalam kalangan pegawai dan kakitangan yang bertugas di PSMK. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan Korelasi Pearson. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap kepuasan kerja Pegawai dan Kakitangan PSMK berada pada tahap yang tinggi. Kajian turut mendapati terdapat beberapa faktor persekitaran organisasi seperti komunikasi, kemudahan infrastruktur, kepimpinan, ganjaran dan pengiktirafan serta tugas dan tanggungjawab memberi impak yang tinggi terhadap tahap kepuasan kerja. Dapatan kajian ini boleh membantu pihak pengurusan KPKT dan PSMK untuk merancang usaha-usaha penambaikan yang bersesuaian dalam menyediakan suasana kerja yang harmoni dan kondusif. |
|---|