Sistem Maklumat Geografi dalam perikanan: analisis sistematik ke arah kelestarian sumber

Kajian ini meneliti peranan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pengurusan sumber perikanan, khususnya dalam menangani cabaran kelestarian sumber semula jadi. GIS berkesan dalam mengumpulkan, menganalisis, dan memvisualisasikan data bagi merumuskan strategi pengurusan yang mampan. Asia Tenggara, se...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noorashikin Md Noor, Muhamad Amirul Hakimi Mohd Sani, Mai Izatul Nuraishah Mior Hazri, Khairul Nizam Abdul Maulud
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25508/
http://journalarticle.ukm.my/25508/1/100_114.pdf
Description
Summary:Kajian ini meneliti peranan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pengurusan sumber perikanan, khususnya dalam menangani cabaran kelestarian sumber semula jadi. GIS berkesan dalam mengumpulkan, menganalisis, dan memvisualisasikan data bagi merumuskan strategi pengurusan yang mampan. Asia Tenggara, sebagai pengeluar utama produk perikanan global, menghadapi keperluan mendesak untuk mengukuhkan pengurusan lestari di kawasan pesisir, perairan pedalaman, dan laut terbuka bagi menjamin keselamatan makanan serta pemuliharaan biodiversiti marin. Kajian ini menggunakan pendekatan sistematik menganalisis artikel jurnal berindeks tinggi yang diterbitkan antara 2017–2023. Artikel diperoleh daripada Scopus, Web of Science, dan SpringerLink, menggunakan kata kunci seperti “Geographic Information Systems (GIS),” “Fisheries Management,” “Remote Sensing,” dan “Sustainable Fisheries”. Penilaian dilakukan berdasarkan kriteria inklusi seperti fokus terhadap aplikasi GIS dalam perikanan, integrasi teknologi penderiaan jauh, serta kesannya terhadap pengurusan sumber perikanan yang mampan. Hasil analisis menunjukkan GIS berperanan penting dalam pemetaan habitat kritikal, penilaian kesesuaian habitat, dan pemantauan sumber perikanan. Integrasi GIS dengan teknologi penderiaan jauh dan pangkalan data piawai memperkukuh pengambilan keputusan berasaskan data, terutama dalam menangani spesies invasif dan terancam. Selain itu, aplikasi GIS dalam kajian dinamik perikanan dan perancangan pengurusan sumber secara holistik semakin mendapat perhatian dalam konteks perubahan iklim dan tekanan ekosistem. Kesimpulannya, GIS menawarkan potensi besar untuk meningkatkan pengurusan perikanan yang mampan, menyokong pemuliharaan ekosistem, serta membimbing dasar perikanan yang lebih strategik bagi generasi akan datang.