Kecenderungan politik pengundi muda pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di P125 Parlimen Putrajaya
Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif penting untuk menggalakkan penglibatan politik belia dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan melaksanakan langkah drastik dengan meminda Perlembagaan berhubung Undi 18 sebelum PRU15. Namun, muncul pelbagai isu menjelang PRU15 sepe...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25507/ http://journalarticle.ukm.my/25507/1/83_99.pdf |
| Summary: | Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif penting untuk menggalakkan penglibatan politik belia dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan melaksanakan langkah drastik dengan meminda Perlembagaan berhubung Undi 18 sebelum PRU15. Namun, muncul pelbagai isu menjelang PRU15 seperti isu rasuah, pengangguran, kenaikan kos sara hidup yang dihadapi kebanyakan belia, terutamanya di bandar. Oleh itu, artikel ini mengkaji kecenderungan politik pengundi muda pada PRU15 di P125 Parlimen Putrajaya. Pendekatan kuantitatif menerusi pengedaran soal selidik secara rawak kepada 377 orang belia di Putrajaya digunakan untuk mengumpul data. Data dianalisis secara deskriptif menerusi analisis min dan peratusan menggunakan perisian SPSS 27.0. Dapatan kajian ini menemukan tiga dapatan utama. Pertama, hasil analisis menunjukkan pengundi muda cenderung memilih parti politik yang dipercayai dapat membentuk kerajaan selepas PRU15. Kedua, ketokohan pemimpin politik, terutamanya pemimpin yang berpengalaman merupakan faktor paling penting dalam mempengaruhi pemilihan parti politik. Ketiga, saluran ekonomi seperti bantuan kewangan amat penting dalam menarik sokongan pengundi muda di parlimen ini. Oleh itu, kajian ini memberi implikasi besar kerana ianya menyediakan profil pengundi muda dan kecenderungan politik sebagai usaha yang boleh dilakukan oleh parti politik untuk menarik sokongan mereka pada pilihan raya. |
|---|