Hubungan ekonomi Malaysia-Indonesia (1981-2003)

Regionalisme dan rekonsiliasi adalah mekanisme penting dalam proses pengukuhan hubungan antara negara. Keperluan dasar luar yang tergolong dalam konteks kepentingan faktor ekonomi, menjamin kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan sosial di peringkat serantau. Kajian ini bertujuan meneliti hubung...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Rodzi Abd Razak, Wan Norshamimi Wan Azhar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25501/
http://journalarticle.ukm.my/25501/1/document-5.pdf
Description
Summary:Regionalisme dan rekonsiliasi adalah mekanisme penting dalam proses pengukuhan hubungan antara negara. Keperluan dasar luar yang tergolong dalam konteks kepentingan faktor ekonomi, menjamin kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan sosial di peringkat serantau. Kajian ini bertujuan meneliti hubungan Malaysia – Indonesia dari tahun 1981 sehingga tahun 2003. Tumpuan kajian diberikan kepada kerjasama yang melibatkan Malaysia dan Indonesia dalam bidang ekonomi khususnya sewaktu Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia. Meskipun hubungan Malaysia – Indonesia dianggap dingin ketika era pentadbiran Mahathir Mohamad, namun keakraban dan kesalingbergantungan antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang yang terjalin sejak berabad lama sememangnya tidak dapat dilenturkan. Melalui rekonsiliasi dan persefahaman yang terjalin serta kesedaran terhadap kepentingan hubungan bilateral yang akrab, Malaysia dan Indonesia melestarikan kerjasama ekonomi khususnya dalam sektor perikanan, pertanian, perdagangan serta pelaburan demi kemakmuran ekonomi masing-masing. Kajian ini bersifat kualitatif berdasarkan kaedah kajian sejarah melalui analisis kandungan terhadap dokumen rasmi kerajaan, artikel, buku, akhbar serta laman sesawang berwibawa. Makalah ini merumuskan bahawa dalam tempoh era pentadbiran Mahathir Mohamad terdapat kerjasama penting yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia yang telah mengeratkan lagi hubungan keduanya di samping turut memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara.