Ancaman penculikan untuk tebusan di pantai timur Sabah, Malaysia: peranan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2)

Pantai Timur Sabah merupakan wilayah yang amat terdedah kepada ancaman keselamatan rentas sempadan khususnya penyeludupan barangan dan senjata, kemasukan pendatang haram, kumpulan ekstremisme dan ancaman Penculikan untuk Tebusan (KfR). Salah satu daripada ancaman utama di kawasan ini adalah aktiviti...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rashid Abdul Hamid, Ramli Dollah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25497/
http://journalarticle.ukm.my/25497/1/document-2.pdf
Description
Summary:Pantai Timur Sabah merupakan wilayah yang amat terdedah kepada ancaman keselamatan rentas sempadan khususnya penyeludupan barangan dan senjata, kemasukan pendatang haram, kumpulan ekstremisme dan ancaman Penculikan untuk Tebusan (KfR). Salah satu daripada ancaman utama di kawasan ini adalah aktiviti KfR yang dilakukan oleh Kumpulan Abu Sayyaf (KAS) dari Selatan Filipina. Dalam usaha menangani ancaman ini, pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan termasuklah menubuhkan beberapa agensi keselamatan di Malaysia. Namun, dalam membincangkan ancaman ini, kajian-kajian awal lebih banyak memfokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam menangani masalah ini. Namun, peranan beberapa agensi-agensi keselamatan lain turut memainkan penting dalam memahami situasi tersebut. Justeru, makalah ini cuba mengkaji peranan dan fungsi yang dimainkan oleh Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) dalam mengawal keselamatan di Pantai Timur Sabah. Kajian ini menggunakan metode penyelidikan kualitatif melalui teknik temu bual, beberapa siri kerja lapangan dan kajian kepustakaan serta dokumen rasmi kerajaan. Makalah ini mendapati walaupun berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran dalam mendepani masalah keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), namun peranan ATB2 amat penting dalam menjamin keselamatan negara.