Analisis perbandingan Bahasa Suku Kagayan di Pulau Banggi, Kudat, Sabah dengan Bahasa Melayu Standard Johor-Riau
Suku kaum Kagayan di Pulau Banggi, Kudat, Sabah merupakan kaum minoriti yang mempunyai bahasa yang tersendiri berbeza daripada bahasa suku kaum yang lain. Terdapat beberapa permasalahan kajian yang timbul mengenai bahasa suku kaum Kagayan ini seperti masyarakat Malaysia kurang mengenali etnik minori...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25419/ http://journalarticle.ukm.my/25419/1/93-111%20-.pdf |
| Summary: | Suku kaum Kagayan di Pulau Banggi, Kudat, Sabah merupakan kaum minoriti yang mempunyai bahasa yang tersendiri berbeza daripada bahasa suku kaum yang lain. Terdapat beberapa permasalahan kajian yang timbul mengenai bahasa suku kaum Kagayan ini seperti masyarakat Malaysia kurang mengenali etnik minoriti yang terdapat di negeri Sabah khususnya suku kaum Kagayan. Hal ini demikian kerana suku kaum Kagayan ini mempunyai persamaan dari segi bahasa dengan suku kaum Bajau di Sabah. Selain itu, permasalahan kajian yang timbul adalah kepupusan bahasa kaum minoriti suku kaum Kagayan ini. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis dan membandingkan 200 kata dasar dalam bahasa masyarakat Kagayan di Pulau Banggi, Kudat, Sabah, dengan bahasa Melayu Standard Johor-Riau. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif di mana kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan lapangan untuk mengumpulkan data. Informan kajian bagi kajian ini merupakan seorang penduduk di Pulau Banggi, Kudat, Sabah yang juga merupakan Ketua Kebudayaan bagi Persatuan Etnik Kagayan di Sabah. Kajian ini berasaskan Teori Leksikostatistik yang diperkenalkan oleh Swadesh (1955). Pendekatan kualitatif deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh dari lapangan. Senarai 200 kosa kata dasar Swadesh digunakan sebagai alat pengumpulan data. Data kosa kata dasar diperoleh dengan menggunakan senarai 200 kosa kata dasar Swadesh. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa suku kaum Kagayan dengan bahasa Melayu Standard Johor-Riau mempunyai perbezaan yang amat ketara. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa hubungan kekerabatan bahasa Kagayan dan bahasa Melayu Standard Johor-Riau ini berada pada peringkat rumpun bahasa. Kesimpulannya, hasil daripada kajian ini diharapkan dapat mengetengahkan bahasa suku kaum minoriti khususnya bahasa kaum Kagayan ini agar lebih banyak kajian dilakukan untuk memastikan bahasa ini tidak pupus ditelan zaman. |
|---|