Aspek kemahiran lisan Bahasa Melayu dalam pentaksiran autentik berasaskan pendekatan tematik sekolah rendah
Dalam menguasai kemahiran lisan, aspek kemahiran lisan haruslah diajar dan ditafsir secara langsung bagi meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid. Dalam pentaksiran masa kini, kemahiran lisan haruslah ditafsir melalui pelbagai bentuk pentaksiran melalui pendekatan yang bersesuaian mengikut keperl...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25416/ http://journalarticle.ukm.my/25416/1/51-65%20-.pdf |
| Summary: | Dalam menguasai kemahiran lisan, aspek kemahiran lisan haruslah diajar dan ditafsir secara langsung bagi meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid. Dalam pentaksiran masa kini, kemahiran lisan haruslah ditafsir melalui pelbagai bentuk pentaksiran melalui pendekatan yang bersesuaian mengikut keperluan murid. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka aspek kemahiran lisan yang ditekankan dalam pentaksiran autentik kemahiran lisan bahasa Melayu di sekolah rendah berasaskan pendekatan tematik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan kajian kes iaitu satu kes pelbagai lokasi. Lima buah sekolah yang terletak di lima buah negeri iaitu, Sarawak, Perak, Kelantan, Melaka dan Selangor telah dipilih sebagai lokasi kajian. Seramai lima orang guru Bahasa Melayu dari setiap lokasi kajian dipilih sebagai peserta kajian. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini ialah temu bual sebagai kaedah utama, manakala pemerhatian dan analisis dokumen sebagai kaedah sokongan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian NVivo14 secara tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat sepuluh aspek kemahiran lisan yang ditekankan dalam pentaksiran autentik berasaskan pendekatan tematik iaitu, sebutan yang jelas, intonasi yang sesuai, tatabahasa yang betul, kosa kata yang luas, kepetahan, ayat yang gramatis dan bermakna, bertatasusila, kesantunan bahasa, gaya penyampaian dan bahasa badan. Aspek-aspek ini ditekankan dalam kemahiran lisan bahasa Melayu bagi memastikan murid boleh bertutur dengan baik, berkesan, bermakna dan bertatasusila. Kesimpulannya, aspek kemahiran lisan ini perlu diajar dan ditafsir secara terus melalui aktiviti pentaksiran autentik berasaskan pendekatan tematik bagi memastikan murid menguasai kemahiran lisan dengan baik dan menyeluruh. |
|---|