Pengekalan dan peralihan Bahasa Banjar di lokasi terpilih di Mukim Bagan Serai, Perak
Masyarakat Banjar diaspora di Bagan Serai, Perak menyumbang kepada kepelbagaian warisan tak ketara yang dibawa bersama dari Kalimantan Selatan, Indonesia. Dari aspek warisan bahasa, tinjauan pustaka mendapati bahawa penyelidikan mengenai pengekalan dan peralihan bahasa Banjar di Bagan Serai masih be...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25415/ http://journalarticle.ukm.my/25415/1/38-50%20-.pdf |
| Summary: | Masyarakat Banjar diaspora di Bagan Serai, Perak menyumbang kepada kepelbagaian warisan tak ketara yang dibawa bersama dari Kalimantan Selatan, Indonesia. Dari aspek warisan bahasa, tinjauan pustaka mendapati bahawa penyelidikan mengenai pengekalan dan peralihan bahasa Banjar di Bagan Serai masih belum dilakukan secara tentatif. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan menghuraikan penggunaan dan pemilihan bahasa oleh masyarakat Banjar yang multilingual dengan berpandukan kerangka domain pilihan bahasa. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang mengumpulkan data melalui pemerhatian ikut serta dan rakaman tak sedar. Terdapat empat domain pilihan bahasa yang difokuskan, iaitu domain persahabatan, jual beli, kekeluargaan dan keagamaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam domain persahabatan, kod bahasa Banjar menonjol sebagai medium utama, memperlihatkan kekuatan dan keteguhan identiti budaya di Kampung Parit Haji Taib. Sementara itu, dalam konteks transaksi jual beli di Warung Wadai, terdapat kecenderungan menggunakan campuran kod yang meluas, menggambarkan adaptasi penjual terhadap keperluan komunikasi lintas budaya dengan pembeli. Di dalam domain keagamaan, bahasa Melayu formal mendominasi aktiviti di dalam masjid manakala di perkarangan masjid, peralihan kod terus berlaku dengan bahasa banjar dan dialek Melayu Kedah digunakan secara berselang-seli. Dalam lingkungan keluarga pula, kod bahasa Banjar tetap menjadi pilihan utama dalam perbualan. Keseluruhannya, pola pilihan kod dalam kesemua domain adalah “a1 [b1] a1” di mana kod asing diselitkan dalam pertuturan yang menggunakan bahasa Banjar sebagai bahasa matrik. Gejala ini menunjukkan bahasa Banjar sedang berdepan keterancaman di ekologi bahasa Bagan Serai yang multilingual. |
|---|