Pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dalam kalangan guru sekolah rendah Daerah Sarikei
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilancarkan dengan memfokuskan sokongan terhadap sekolah dan kepakaran sekolah secara berterusan demi meningkatkan kemenjadian murid dan kualiti sekolah. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pelaksanaa...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25414/ http://journalarticle.ukm.my/25414/1/24-37%20-.pdf |
| Summary: | Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilancarkan dengan memfokuskan sokongan terhadap sekolah dan kepakaran sekolah secara berterusan demi meningkatkan kemenjadian murid dan kualiti sekolah. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pelaksanaan Modul 3: Menerajui Pembelajaran dalam Program TS25 di sekolah rendah Daerah Sarikei dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan Modul 3 di sekolah rendah Daerah Sarikei. Reka bentuk kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif yang berasaskan kajian kes. Kaedah kajian yang digunakan ialah teknik temu bual, kaedah analisis dokumen dan pemerhatian. Perisian Analisis Data Kualitatif Berbantukan Komputer (CAQDAS), iaitu perisian NVivo versi 14 telah digunakan untuk menganalisis data kajian. Dalam kajian ini telah mengesan dua objektif kajian, iaitu meneroka pelaksanaan Modul 3: Menerajui Pembelajaran Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di sekolah rendah Daerah Sarikei, dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan Modul 3: Menerajui Pembelajaran Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di sekolah rendah Daerah Sarikei. Dalam kajian ini telah mendapati beberapa faktor seperti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21), BBM (BBM), gaya pembelajaran murid, peranan guru, pentaksiran murid dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) telah memainkan peranan yang penting dalam usaha melaksanakan PdP berteraskan TS25. Selain itu, cabaran seperti kekangan bahasa, kekangan masa, kekurangan kemahiran guru, kekurangan BBM, dan kelemahan pengurusan sekolah turut telah mempengaruhi pelaksanaan TS25 dalam PdP. Kajian ini juga telah memberi implikasi yang besar terutamanya terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid. Oleh itu, semua guru perlu bersedia dari segi mental dan emosi demi menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan serta mewujudkan PdP yang aktif serta bermakna. |
|---|