Isu dan cabaran pelaksanaan pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu di sekolah rendah

Kajian ini dijalankan untuk meneroka isu dan cabaran dalam pelaksanaan pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian telah dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Seramai empat orang gur...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Atikah Mohd Noor, Zamri Mahamod, Nurfaradilla Mohamad Nasri
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25413/
http://journalarticle.ukm.my/25413/1/15-23%20-.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk meneroka isu dan cabaran dalam pelaksanaan pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian telah dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Seramai empat orang guru cemerlang Bahasa Melayu sekolah rendah yang mengajar Tahap 2 telah dipilih dalam kajian ini dan ditemu bual secara separa berstruktur. Protokol temu bual terlebih dahulu disahkan oleh tiga orang pakar. Setelah pengkaji selesai menemu bual peserta kajian, audio suara telah ditukar ke bentuk teks untuk dianalisis menggunakan perisian NVivo12. Data diperoleh melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen bagi memastikan triangulasi data dicapai. Hasil dapatan kajian menunjukkan cabaran dalam pelaksanaan pengajaran penulisan karangan di sekolah rendah melibatkan isu murid itu sendiri termasuklah sikap murid, kehadiran murid, tahap pengetahuan sedia ada murid dan jurang tahap penguasaan murid di dalam kelas. Selain cabaran yang berpunca daripada murid, terdapat juga cabaran yang berkaitan dengan pihak ibu bapa, misalnya ibu bapa kurang mementingkan pendidikan serta tiada pantauan terhadap pelajaran anak. Bagi pihak guru pula, cabaran yang dihadapi melibatkan kekangan kekurangan guru di sekolah terutamanya bagi sekolah kurang murid. Pergerakan guru keluar ke bengkel atau aktiviti di luar sekolah menyebabkan sesi PdP tersebut tidak dapat dijalankan, lebih-lebih lagi peruntukan masa untuk mata pelajaran Bahasa Melayu telah dikurangkan. Perubahan format pentaksiran juga menjadi salah satu daripada cabaran dalam pelaksanaan pengajaran penulisan. Akhir sekali, cabaran yang melibatkan aspek bahasa itu sendiri yang terdiri daripada kesalahan tatabahasa, kesalahan struktur ayat, penguasaan kosa kata yang terhad dan ayat tidak dapat dikembangkan dengan baik semasa menulis karangan. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan untuk mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu di sekolah rendah.