Peranan matahari muda yang malap dalam kimia pra-biotik: dari perspektif kimia tentang polimerisasi pra-biotik

Matahari muda yang malap (MMM) diperkenalkan sebagai paradoks oleh ahli astronomi yang ternama, Carl Sagan dan George Mullen. Paradoks ini menyatakan bahawa keamatan matahari, pada 4.6 bilion tahun yang lalu (matahari ketika wujudnya), kurang 30% keamatan matahari jika dibandingkan pada masa kini....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Navaniswaran Tharumen, Mahendran Sithamparam, Nirmell Satthiyasilas, Siti Aminah Bahari, Puvaneswaran Chelvanathan, Jalifah Latip, Afifuddin Husairi Mat Jusoh Hussain, Mardina Abdullah, Kuhan Chandru
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25411/
http://journalarticle.ukm.my/25411/1/kejut_39.pdf
Description
Summary:Matahari muda yang malap (MMM) diperkenalkan sebagai paradoks oleh ahli astronomi yang ternama, Carl Sagan dan George Mullen. Paradoks ini menyatakan bahawa keamatan matahari, pada 4.6 bilion tahun yang lalu (matahari ketika wujudnya), kurang 30% keamatan matahari jika dibandingkan pada masa kini. Perbezaan keamatan matahari mungkin memangkinkan asal usul kehidupan (AUK) di permukaan bumi melalui mempengaruhi kimia pra-biotik, terutama dalam pembentukan poliester pra-biotik. Poliester, yang disintesis daripada asid hidroksi alfa (ɑHAs), merupakan model yang dikaji membolehkan AUK. Kajian menunjukkan bahwa jel poliester dapat terbentuk daripada tindak balas dehidrasi ɑHAs menggunakan kitaran basah dan kering, berpotensi memulai kehidupan pra-biotik. Pelbagai penyelidikan telah membuktikan bahawa cahaya ultra ungu (UV) boleh mencetuskan tindak balas kimia untuk menghasilkan poliester. Namun, prospeknya dalam cahaya dengan spektrum yang luas (CSL) daripada MMM tidak dibincangkan. Selain itu, peranan MMM dalam pempolimeran/kadar degradasi poliester pra-biotik juga tidakditunjukkan. Di dalam kertas jurnal ini, kami akan membincangkan tentang paradoks MMM, beberapa penyelidikan yang telah dilakukan berhubung dengan tindak balas pra-biotik yang disebabkan oleh cahaya UV, dan prospeknya tentang bagaimana CSL daripada MMM mungkin berguna untuk pempolimeran pra-biotik yang melibatkan poliester.