Gaya kepengarangan dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck berdasarkan metafora konsepsi

Dalam penghasilan sesebuah karya sastera, idea pemikiran yang dizahirkan oleh pengarang disampaikan dengan kata-kata yang indah dan mempunyai gaya bahasa yang berbunga. Sekiranya masyarakat kurang penghayatan dan pemahaman bagi memahami maksud tersurat dan tersirat yang disampaikan melalui metafora...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ummi Syaza Nabilah Mohamad Suhaimi, Rozita Che Rodi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25410/
http://journalarticle.ukm.my/25410/1/3-14%20-.pdf
Description
Summary:Dalam penghasilan sesebuah karya sastera, idea pemikiran yang dizahirkan oleh pengarang disampaikan dengan kata-kata yang indah dan mempunyai gaya bahasa yang berbunga. Sekiranya masyarakat kurang penghayatan dan pemahaman bagi memahami maksud tersurat dan tersirat yang disampaikan melalui metafora maka mereka akan menghadapi masalah dalam proses pentafsiran makna bagi kepengarangan ini. Hal ini demikian kerana sesuatu makna dan pemikiran itu tidak boleh lari untuk diteliti dari segi semantik kognitif. Melalui acuan semantik kognitif, setiap idea pemikiran yang mempunyai kepelbagaian makna secara implisit dalam kepengarangan novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka ini dapat difahami. Dalam menjalankan kajian ini, pertama sekali ujaran watak yang menonjolkan elemen metafora konsepsi telah dikenal pasti bagi mengelompokkan berdasarkan jenis-jenisnya. Seterusnya, data bagi elemen metafora konsepsi diinterpretasi. Kemudian, penggunaan metafora konsepsi dalam kepengarangan novel ini dirumuskan pemaknaannya. Rentetan itu, Teori Metafora Konsepsi yang dipelopori Lakoff dan Johnson (1980) menjadi pegangan untuk merungkai objektif kajian ini. Kaedah kualitatif digunakan untuk mengumpul data dan menganalisis teks. Hasil kajian mendapati bahawa metafora konsepsi yang paling dominan ialah metafora konsepsi ontologi, iaitu sebanyak 106 atau 48%. Kekerapan penggunaan metafora konsepsi yang kedua tinggi ialah metafora konsepsi struktural, iaitu sebanyak 76 atau 34% manakala penggunaan kekerapan paling rendah adalah sebanyak 40 atau 18%, iaitu metafora konsepsi orientasi. Kajian ini menunjukkan bahawa elemen metafora konsepsi yang diselitkan dalam kepengarangan sastera ini dibantu oleh kognitif manusia bagi memproses sesuatu perkara abstrak di dalam minda kepada bentuk pemikiran yang konkrit.