Antena tatasusun grid lut sinar gandaan tinggi bagi aplikasi Jalur-Ku
Apabila peranti elektronik moden menjadi lebih kecil, pengeluar semakin menghasilkan peranti yang padat untuk teknologi angkasa. Antena lutsinar dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah ini. Dengan adanya antena lutsinar, ia dapat menjimatkan ruang pemasangan antena kerana sifat ketelusannya memb...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25408/ http://journalarticle.ukm.my/25408/1/kejut_37.pdf |
| Summary: | Apabila peranti elektronik moden menjadi lebih kecil, pengeluar semakin menghasilkan peranti yang padat untuk teknologi angkasa. Antena lutsinar dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah ini. Dengan adanya antena lutsinar, ia dapat menjimatkan ruang pemasangan antena kerana sifat ketelusannya membolehkan ia di integrasi bersama teknologi solar. Namun begitu, penggunaan bahan lut sinar pada antena menyebabkan gandaan antena menjadi rendah disebabkan kekonduksian bahan yang juga rendah. Apabila bahan kekonduksian yang rendah digunakan ia juga akan menyebabkan kecekapan antena berkurang. Oleh itu pengubahsuaian pada reka bentuk antena diperlukan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk antena lut sinar yang dapat beroperasi pada jalur-Ku. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan bahan lutsinar terhadap kekonduksian, mereka bentuk antena lutsinar dengan kecekapan serendah 85% dan mereka bentuk antena tatasusun grid untuk meningkatkan gandaan. Ujian pengesahan bahan dijalankan dengan membuat perbandingan bahan dalam simulasi reka bentuk antena yang berfungsi pada Jalur-Ku. Bahan antena lutsinar yang dipilih
adalah Indium Timah Oksida (Indium Tin Oxide, ITO). Kemudian, reka bentuk antena tatasusun grid dijalankan
untuk meningkatkan gandaan antena justeru bagi mendapatkan kecekapan yang tinggi. Dalam penyelidikan ini, antena
tatasusunan grid 8 gelung meningkatkan gandaan sebanyak 52% berbanding antena rujukan. Antena ini memenuhi keperluan prestasi dan boleh disepadukan dengan panel solar untuk memanfaatkan cahaya matahari dengan cekap untuk penjanaan elektrik, sambil menghantar dan menerima isyarat wayarles dengan berkesan. |
|---|