Permulaan gelembung plasma khatulistiwa semasa angin neutral kuat dan lemah di Asia Tenggara

Gelembung plasma khatulistiwa (EPBs), merupakan pengurangan ketumpatan plasma di ionosfera yang mengganggu gelombang radio, menunjukkan dinamika kompleks yang mungkin dipengaruhi oleh angin neutral. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat hubungan antara permulaan EPBs dan halaju angin neutral. Permul...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Idahwati Sarudin, Nurul Shazana Abdul Hamid, Mardina Abdullah, Suhaila M Buharie, Otsuka, Yuichi, Septi Perwitasari, Clara Yatinih
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25407/
http://journalarticle.ukm.my/25407/1/kejut_36.pdf
Description
Summary:Gelembung plasma khatulistiwa (EPBs), merupakan pengurangan ketumpatan plasma di ionosfera yang mengganggu gelombang radio, menunjukkan dinamika kompleks yang mungkin dipengaruhi oleh angin neutral. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat hubungan antara permulaan EPBs dan halaju angin neutral. Permulaan EPBs ditentukan daripada Kadar Perubahan Jumlah Kandungan Elektron (ROTI) keogram yang diperoleh menggunakan data Sistem Penentuan Global (GPS) di sektor Asia Tenggara. Sementara itu, angin neutral termosfera diukur menggunakan Fabry-Perot Interferometer (FPI) dan ketinggian lapisan F diperoleh daripada ionosonde, kedua-dua alat berada di Kototabang (KTB), Indonesia. Pemerhatian diklasifikasikan kepada dua kes berdasarkan kekuatan angin: angin kuat dan lemah pada malam yang berbeza. Kajian ini berjaya melaporkan masa dan lokasi permulaan EPBs berlaku pada 1320 UT (2120 LT) dan 100° (500 km) longitude, disebabkan oleh pra peningkatan pembalikan (PRE). Kami menyimpulkan bahawa angin neutral termosfera memberikan sumbangan yang signifikan kepada permulaan EPBs yang diperhatikan di mana bergerak ke arah zonal. Oleh itu, penemuan ini mengukuhkan kajian-kajian lepas yang menunjukkan peningkatan ketinggian lapisan F dapat memainkan peranan penting dalam menentukan permulaan EPBs.