Mengekstrak parameter fungsi skala kanopi di kawasan Konservasi Lembah Danum, Sabah menggunakan data pesawat udara LiDAR
Restorasi hutan merupakan proses pemulihan dan keseimbangan ekosistem hutan yang mengalami kemerosotan melalui pelbagai pendekatan seperti penghutanan semula, pemulihan tanah, pemuliharaan spesies terancam, dan pencegahan kebakaran hutan. Pengumpulan data lapangan secara konvensional mempunyai banya...
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25406/ http://journalarticle.ukm.my/25406/1/kejut_35.pdf |
| Summary: | Restorasi hutan merupakan proses pemulihan dan keseimbangan ekosistem hutan yang mengalami kemerosotan melalui pelbagai pendekatan seperti penghutanan semula, pemulihan tanah, pemuliharaan spesies terancam, dan pencegahan kebakaran hutan. Pengumpulan data lapangan secara konvensional mempunyai banyak batasan, seperti litupan reruang yang terhad, kesukaran pengukuran tinggi pokok, dan ralat pengukuran manusia yang menghalang pemantauan dan pengekstrakan parameter fungsi skala kanopi di pelbagai jenis hutan. Kajian ini membincangkan kepentingan restorasi hutan dan cabaran yang berkaitan dengan pengukuran lapangan konvensional dalam mengekstrak parameter fungsi skala kanopi dengan menggunakan teknologi pengesanan dan julat cahaya
(LiDAR) pesawat udara untuk maklumat yang lebih tepat melibatkan hutan simpanan hutan dara, restorasi hutan
semula jadi dan restorasi hutan secara aktif di Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum dan INFAPRO, Sabah. Kajian ini menggunakan pelbagai algoritma pemprosesan, persamaan alometrik, dan kaedah pemodelan korelatif. Pada peringkat grid, pelbagai parameter fungsi skala kanopi daripada LiDAR telah diukur iaitu indeks luas daun, pecahan jurang dan kepadatan kanopi. Regresi linear dan analisis perhubungan varians dianalisis antara parameter fungsi skala kanopi dan jenis rawatan hutan. Keputusan menunjukkan nilai R2 yang
tinggi antara 0.73 hingga 0.91, statistik F Anova dan nilai kebarangkalian (p) menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara data lapangan dan nilai LiDAR yang diekstrak untuk parameter fungsi skala kanopi bagi jenis rawatan hutan yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknologi LiDAR berkesan dalam meramalkan skala kanopi berfungsi dan berpotensi untuk memberikan maklumat yang tepat dan terperinci mengenai kawasan restorasi hutan untuk usaha pemuliharaan dan pengurusan masa hadapan. |
|---|