Kesan tanpa masa pegangan rawatan haba ke atas sifat mekanikal dan mikrostruktur pembuatan aditif aloi titanum (Ti6Al4V) melalui proses peleburan laser selektif (SLM)

Pembuatan aditif (AM) atau lebih dikenali sebagai pencetakan 3D merupakan kaedah pembuatan berasaskan teknologi metalurgi serbuk yang berupaya menghasilkan suatu komponen 3D. Peleburan laser selektif (SLM) adalah salah satu kaedah AM yang berupaya menghasilkan komponen logam 3D, namun, tegasan baki...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Farhana Mohd Foudzi, Moey, Kah Min, Fathin Iliana Jamhari, Minhalina Ahmad Buhairi, Abu Bakar Sulong, Norhamidi Muhamad, Nabilah Afiqah Mohd Radzuan, Izhar Aziz, Kim, Seah Tan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25401/
http://journalarticle.ukm.my/25401/1/kejut_30.pdf
Description
Summary:Pembuatan aditif (AM) atau lebih dikenali sebagai pencetakan 3D merupakan kaedah pembuatan berasaskan teknologi metalurgi serbuk yang berupaya menghasilkan suatu komponen 3D. Peleburan laser selektif (SLM) adalah salah satu kaedah AM yang berupaya menghasilkan komponen logam 3D, namun, tegasan baki sering terhasil di dalam komponen 3D disebabkan oleh peleburan dan pemejalan logam yang berulang semasa proses percetakan dijalankan. Tegasan baki ini berupaya merosotkan prestasi sifat mekanikal komponen 3D sekiranya tidak dikeluarkan atau dikurangkan. Proses rawatan haba sering digunakan bagi mengeluarkan tegasan baki. Parameter asas rawatan haba adalah suhu pemanasan, kadar pemanasan, kadar penyejukan dan masa pegangan. Berdasarkan parameter pemprosesan rawatan haba, masa pegangan masih kurang dilaporkan bagi komponen 3D yang dicetak melalui SLM. Oleh itu, dalam kajian ini, kesan masa pegangan ke atas sifat mekanikal dan mikrostruktur komponen 3D aloi titanium (Ti6Al4V) dikaji. Sebanyak 9 set sampel kiub yang dicetak pada parameter pemprosesan yang berbeza seperti kuasa laser (225W, 275W, 325W), kelajuan pengimbasan (800mm/s, 1100mm/s, 1400 mm/s), ketinggian lapisan (0.3mm) dan jarak penetasan (0.10mm, 0.12mm, 0.14mm). Didapati julat kekerasan mikro yang diperoleh adalah 383 – 448 HV di mana sampel P3, P9 dan P5 memberikan nilai kekerasan mikro yang tertinggi, sederhana dan terendah. Berdasarkan pemerhatian mikrostruktur, fasa α + β serta struktur martensit terhasil disebabkan kandungan vanadium sebanyak 4% dan dirawat haba pada 935°C. Ulasan kritikal juga dilakukan bagi membandingkan kajian lepas yang telah merawat haba komponen 3D Ti6Al4V yang dicetak SLM pada masa pegangan yang berlainan. Didapati masa pegangan yang berbeza tidak memberi kesan yang ketara terhadap sifat mekanikal komponen 3D Ti6Al4V di mana hasil kajian lepas sejajar dengan hasil kajian ini. Di samping itu, kajian lepas juga melaporkan rawatan haba mampu mengurangkan tegasan baki dalam komponen 3D Ti6Al4V yang dicetak SLM. Akhir sekali, keberkesanan rawatan haba dalam mengurangkan tegasan baki dalam komponen Ti6Al4V 3D cetakan SLM pada parameter pencetakan yang berbeza juga perlu dikaji untuk memahami mekanisme perubahan mikrostruktur semasa dan selepas rawatan haba.