Dari Bowrey ke Bowen: evolusi legasi linguistik antropologi di Kepulauan Melayu

Keperluan menguasai bahasa Melayu pada abad ke-17 tercetus atas pelbagai dorongan, terutamanya untuk melancarkan urusan perniagaan, perdagangan, pentadbiran dan penyebaran agama. Kepentingan bahasa Melayu pada zaman tersebut mendorong orang Eropah mengambil inisiatif menyusun pelbagai karya seperti...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nor Azizah Othman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25368/
http://journalarticle.ukm.my/25368/1/573_582%20Dari%20Bowrey%20ke%20Bowen%20Evolusi%20Legasi%20Linguistik%20Antropologi%20di%20Kepulauan%20Melayu.pdf
Description
Summary:Keperluan menguasai bahasa Melayu pada abad ke-17 tercetus atas pelbagai dorongan, terutamanya untuk melancarkan urusan perniagaan, perdagangan, pentadbiran dan penyebaran agama. Kepentingan bahasa Melayu pada zaman tersebut mendorong orang Eropah mengambil inisiatif menyusun pelbagai karya seperti daftar kata, buku perbualan, teks-teks agama, dan kamus untuk kegunaan rakan senegara. Thomas Bowrey (TB), seorang pedagang British yang belayar di Kepulauan Melayu pada abad ke-17, menyusun kamus Inggeris-Melayu pertama yang diterbitkan pada tahun 1701. Walau bagaimanapun, karya-karya Bowrey yang lain, yang juga mengandungi maklumat berharga mengenai bahasa dan bangsa Melayu, kurang mendapat perhatian. Justeru, makalah ini membincangkan sumbangan Bowrey terhadap bahasa dan bangsa Melayu pada abad ke-17 berdasarkan karya-karyanya yang kurang dikenali. Data kajian diambil dari sepuluh dialog yang terdapat pada bahagian akhir kamusnya dan dibandingkan dengan maklumat dalam manuskrip Mss Eur D782. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan analisis kandungan dan berpandukan pendekatan iklim idea (climate of opinion) untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi tercetusnya idea penyusunan karya-karya Bowrey. Hasil kajian menunjukkan bahawa usaha Bowrey menyusun pelbagai karya dipengaruhi oleh suasana perdagangan, dorongan dari pemerintah Inggeris, serta keadaan politik di Alam Melayu pada ketika itu. Makalah ini menegaskan kepentingan merujuk pelbagai sumber untuk memahami weltanschauung penyusun, terutamanya bagi karya-karya yang berkaitan dengan bahasa dan bangsa Melayu.