Pengaruh motivasi hedonik, nilai harga dan tabiat menggunakan e-pembelajaran terhadap kepuasan kerja kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sabah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti model Unified Theory Of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dalam menilai penerimaan ahli akademik terhadap e-pembelajaran dan hubungannya dengan kepuasan kerja. E-pembelajaran merujuk kepada penggunaan media elektronik, alat teknologi digital seperti k...
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25367/ http://journalarticle.ukm.my/25367/1/583_595%20Pengaruh%20Motivasi%20Hedonik.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti model Unified Theory Of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dalam menilai penerimaan ahli akademik terhadap e-pembelajaran dan hubungannya dengan kepuasan kerja. E-pembelajaran merujuk kepada penggunaan media elektronik, alat teknologi digital seperti komputer riba, telefon pintar, dan TV interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Platform teknologi seperti e-pembelajaran dalam sistem pendidikan dapat meningkatkan pengalaman pelajar dan memberi manfaat kepada kakitangan akademik. Perkembangan teknologi dan digitalisasi dalam bidang pendidikan menggalakkan penggunaan e-pembelajaran di universiti. Walau bagaimanapun tidak semua kakitangan akademik boleh menerima e-pembelajaran. Ini disebabkan oleh sebahagian daripada mereka lebih menggemari kaedah tradisional atau pembelajaran secara bersemuka. Bagi menguji hipotesis kajian ini, soal selidik telah diedarkan kepada 200 orang kakitangan akademik di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan soal selidik telah dihantar melalui borang Google dan e-mail kepada responden kajian. Analisis deskriptif dan regresi mudah digunakan untuk menganalisis data kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa motivasi hedonik mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepuasan kerja kakitangan akademik. Walau bagaimanapun, tabiat dalam menggunakan e-pembelajaran dan nilai harga adalah tidak signifikan dalam mempengaruhi kepuasan kerja. Dapatan kajian ini memberi impak terhadap teori UTAUT dalam konteks di Sabah. Manakala dari aspek praktikal menunjukkan organisasi perlu memberi sokongan terhadap kakitangan akademik dengan mengadakan latihan dan perkongsian maklumat berkaitan e-pembelajaran. |
|---|