Perubahan amalan Ngeduang dalam adat dan ritual kematian etnik Bajau

Makalah ini membincangkan mengenai perubahan amalan ngeduang dalam adat dan ritual kematian etnik Bajau di Sabah. Amalan ngeduang merupakan salah satu adat yang diamalkan sehingga hari ini dalam ritual kematian etnik Bajau di Sabah. Namun begitu, peredaran zaman tidak menghakis amalan tradisi ini, s...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nordiana Mosum, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25366/
http://journalarticle.ukm.my/25366/1/562_572%20Perubahan%20Amalan%20Ngeduang%20dalam%20Adat%20dan%20Ritual%20Kematian%20Etnik%20Bajau.pdf
Description
Summary:Makalah ini membincangkan mengenai perubahan amalan ngeduang dalam adat dan ritual kematian etnik Bajau di Sabah. Amalan ngeduang merupakan salah satu adat yang diamalkan sehingga hari ini dalam ritual kematian etnik Bajau di Sabah. Namun begitu, peredaran zaman tidak menghakis amalan tradisi ini, sebaliknya hanya mengalami perubahan bagi tujuan penambahbaikan. Objektif kajian ini menganalisis perubahan yang berlaku mengenai amalan ngeduang dalam adat dan ritual kematian Bajau. Teori perubahan sosial gagasan Wilbert E. Moore dijadikan panduan untuk mencapai objektif kajian. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat etnografi iaitu menerusi kaedah kajian lapangan terdiri daripada pemerhatian, ikut serta dan temu bual dijalankan di Kampung Taun Gusi, Kota Belud, Sabah. Informan yang dipilih terdiri daripada individu yang arif berkaitan adat resam masyarakat Bajau seperti Ketua Adat, pengamal dan penyelidik. Kajian kepustakaan seperti jurnal, buku dan laporan adalah berperanan sebagai data-data sekunder bagi menyokong kajian ini. Data-data kajian akan melalui proses penyaringan dengan menggunakan teknik analisis tematik dan bacaan rapi. Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan amalan ngeduang mengalami perubahan yang ketara dalam adat dan ritual kematian etnik Bajau di Sabah. Sehubungan dengan itu, kajian ini membuktikan bahawa amalan ngeduang mesti dipertahankan untuk mengekalkan indikator atau identiti etnik Bajau sebagai suku kaum yang unik. Sumbangan kajian ini sangat penting sebagai pengetahuan baharu kepada generasi muda dan masyarakat umum di Malaysia berkenaan warisan kebudayaan etnik Bajau. Kajian ini juga berupaya membuktikan kekayaan warisan tidak ketara etnik Bajau yang meliputi pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam pelaksanaan adat dan ritual kematian mereka.