Program bimbingan kesedaran halal untuk pelarian (refugee) di Malaysia: suatu tinjauan awal

Kesedaran halal terutamanya dalam perihal pensijilan Halal Malaysia diajarkan secara konsisten dan sistematik melalui silibus pendidikan di sekolah. Walaubagaimanapun pendedahan isu pensijilan Halal dalam kalangan pelarian masih lagi terbatas. Hal ini telah mewujudkan pelbagai cabaran yang dihadapi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Afifah Mohd Kamal, Muhammad Remy Othman, Farrah Payyadhah Borhan, Sayidah Asma Basir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25365/
http://journalarticle.ukm.my/25365/1/550_561%20Program%20Bimbingan%20Kesedaran%20Halal%20Untuk%20Pelarian.pdf
Description
Summary:Kesedaran halal terutamanya dalam perihal pensijilan Halal Malaysia diajarkan secara konsisten dan sistematik melalui silibus pendidikan di sekolah. Walaubagaimanapun pendedahan isu pensijilan Halal dalam kalangan pelarian masih lagi terbatas. Hal ini telah mewujudkan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kelompok pelarian di Malaysia dalam mengamalkan prinsip Halal dalam kehidupan seharian malah membawa kepada permasalahan yang kritikal kepada isu kepenggunaan masyarakat setempat disebabkan oleh perbezaan mazhab, tahap pendidikan dan pengetahuan halal secara menyeluruh. Perkara ini telah menyukarkan pelarian mengamalkan prinsip halal berpandukan kepada prosedur persijilan Halal Jakim. Ironinya ini akan mengganggu keutuhan ekosistem halal yang merangkumi sektor pembuatan melibatkan pekerja warga asing daripada kalangan pelarian. Pelarian juga cenderung melakukan kesalahan atau tidakpatuhan sekiranya mereka menjadi pekerja yang mengendalikan urusan pengeluaran bahan mentah seperti di rumah sembelihan, penyediaan makanan, dan juga sektor yang berkaitan halal disebabkan tiada bimbingan khusus. Kajian tinjauan awal ini membincangkan keperluan program bimbingan kesedaran halal khusus kepada sekolah kanak-kanak pelarian berdasarkan kaedah tinjauan artikel berdasarkan dua tema utama iaitu “kesedaran halal dalam kalangan pelarian”, dan “modul pendidikan halal”. Hasil kajian mendapati bahawa keperluan modul bimbingan kesedaran halal khusus kepada kanak-kanak pelarian yang bakal bekerja sebagai buruh ekonomi di Malaysia memerlukan modul bimbingan yang komprehensif dari segi laras bahasa, kefahaman halal, mazhab, taraf pendidikan dan peruntukan undang-undang.