Perkhidmatan ekosistem tanah lembap di Paya Indah Wetlands, Selangor
Tanah lembap merupakan satu ekosistem yang kaya dengan biodiversiti, kepelbagaian habitat dan menyeimbangkan kitaran semulajadi ekosistem. Peranan ini memberikan manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada manusia atau dikenali sebagai perkhidmatan ekosistem. Namun begitu, Paya Indah Wetlands...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25359/ http://journalarticle.ukm.my/25359/1/477_493%20Perkhidmatan%20Ekosistem%20Tanah%20Lembap%20di%20Paya%20Indah%20Wetlands%20Selangor.pdf |
| Summary: | Tanah lembap merupakan satu ekosistem yang kaya dengan biodiversiti, kepelbagaian habitat dan menyeimbangkan kitaran semulajadi ekosistem. Peranan ini memberikan manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada manusia atau dikenali sebagai perkhidmatan ekosistem. Namun begitu, Paya Indah Wetlands (PIW) yang merupakan kawasan tanah lembap terkenal di Malaysia terletak dalam lingkungan pembangunan pesat urbanisasi dan amat terdedah kepada impak pembangunan serta pencemaran. Oleh yang demikian, kajian dijalankan bagi melihat pemahaman kumpulan sasar iaitu kakitangan dan pengunjung mengenai perkhidmatan ekosistem yang terdapat di PIW. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan data diperolehi daripada temu bual dengan empat orang informan dan perbincangan kumpulan berfokus bersama empat lagi informan. Data kajian dianalisis menggunakan analisis tematik. Kajian mendapati semua informan mempunyai pengetahuan mengenai jenis perkhidmatan ekosistem yang ditawarkan oleh PIW kepada manusia. Tema yang dibangunkan adalah pengeluaran hasil makanan langsung sebagai perkhidmatan pembekalan, manakala perkhidmatan kawal atur merangkumi kawalan iklim, mitigasi banjir dan habitat hidupan liar. Perkhidmatan budaya dikenalpasti adalah ekopelancongan, pendidikan, dan penyelidikan berasas konservasi. Manakala, perkhidmatan sokongan pula merangkumi fungsi kawasan tadahan air, penyerapan dan penyimpanan karbon, penyediaan habitat dan sumber makanan kepada haiwan liar. Hasil kajian ini dapat memberikan satu pengetahuan terkini mengenai tahap pemahaman informan terhadap konsep perkhidmatan ekosistem yang telah dan sedang diterapkan dalam pengurusan sedia ada PIW. Cadangan tambahbaik pengurusan berasaskan perkhidmatan ekosistem kawasan tanah lembap terutamanya di PIW adalah amat penting dan diadaptasi oleh pihak berkepentingan agar warisan semulajadi negara ini dapat dipelihara. |
|---|