Perkembangan penyiaran televisyen di Malaysia: analisis terpilih terhadap kemajuan teknologi, 1963–1983

Kajian ini menilai perkembangan teknologi penyiaran televisyen di Malaysia antara 1963 hingga 1983, dengan tumpuan kepada stesen pemancar, satelit perhubungan, antena dan peti televisyen. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah dan kaedah kualitatif, dengan sumber diperoleh daripada Arkib Negara M...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Suhairi Mazlan, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Noraini Mohamed Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25355/
http://journalarticle.ukm.my/25355/1/424_439%20Perkembangan%20Penyiaran%20Televisyen%20di%20Malaysia.pdf
Description
Summary:Kajian ini menilai perkembangan teknologi penyiaran televisyen di Malaysia antara 1963 hingga 1983, dengan tumpuan kepada stesen pemancar, satelit perhubungan, antena dan peti televisyen. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah dan kaedah kualitatif, dengan sumber diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Za’ba Universiti Malaya serta Pusat Sumber Penyiaran (Radio dan Televisyen Malaysia – RTM). Hasil kajian mendapati bahawa antara tahun 1963 hingga 1983, teknologi penyiaran televisyen di Malaysia berkembang pesat, mencerminkan kemajuan infrastruktur dan peralatan. Stesen pemancar yang pada awalnya terhad di kawasan bandar diperluas ke seluruh negara menjelang awal tahun 1980-an. Pengenalan stesen komunikasi satelit di Kuantan pada 1970-an memperkukuh capaian ke kawasan pedalaman dan membolehkan siaran langsung antarabangsa disiarkan. Teknologi antena turut berkembang daripada Yagi-Uda kepada Very High Frequency (VHF) dan Ultra High Frequency (UHF), meningkatkan kualiti siaran. Sementara itu, peti televisyen mengalami peralihan daripada hitam putih kepada berwarna, dilengkapi ciri-ciri yang memperbaiki pengalaman tontonan masyarakat. Perkembangan teknologi ini bukan sahaja memperluaskan penyebaran maklumat tetapi juga memperkukuh penyatuan sosial di Malaysia. Selain itu, kemajuan dalam teknologi siaran dan peralatan tontonan membuka jalan kepada transformasi kandungan televisyen, meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam isu nasional dan global.