Kebangkitan Barisan Nasional melalui pendekatan politik pembangunan dalam pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan, Malaysia
Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan, Malaysia diadakan berikutan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan bermula 19 Jun 2024 disebabkan keahlian ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang gugur daripada P...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25351/ http://journalarticle.ukm.my/25351/1/371_381%20Kebangkitan%20Barisan%20Nasional%20Melalui%20Pendekatan%20Politik.pdf |
| Summary: | Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan, Malaysia diadakan berikutan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan bermula 19 Jun 2024 disebabkan keahlian ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang gugur daripada Parti BERSATU kerana beliau menyatakan sokongan kepada pihak lawan. BN berjaya menawan semua kawasan ini dalam PRK ini. Oleh itu adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis politik pembangunan dalam PRK DUN Nenggiri, Kelantan. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu berdasarkan score sheet keputusan pilihan raya mengikut saluran dan daerah mengundi; dan kaedah kualitatif iaitu analisis kepada maklumat sekunder iaitu penulisan jurnal, bahan seminar dan buku akademik yang berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa PRK DUN Nenggiri memperlihatkan kejutan apabila pertama kalinya PRK pasca PRU-15 berlakunya ‘flip’ atau peralihan kemenangan daripada PAS kepada BN. Pengundi di DUN Nenggiri lebih memilih politik pembangunan, perpaduan dan kasih sayang berbanding politik identiti untuk mewakili mereka pada PRK kali ini. Mereka juga terkesan dengan pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah daripada BN/UMNO yang pernah menjadi ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal, calon BN iaitu Azmawi yang sudah dikenali pengundi kerana pernah menjadi Pegawai Khas bekas ADUN Nenggiri iaitu YB Abd. Aziz Yusof selama sepenggal, di samping peranan jentera kempen BN yang menumpukan kepada ceramah kelompok kepada pengundi putih dan kelabu untuk penerangan atau penjelasan isu semasa secara berfokus. Justeru, dapatan kajian ini penting bagi menunjukkan wujudkan dinamika politik dan pentingnya strategi politik bagi memenangi pilihan raya di sesuatu kawasan. |
|---|