Cabaran pekerja sosial dalam mengendalikan pengurusan kes kanak-kanak terbantut di Kabupaten Malang, Indonesia
Kanak-kanak terbantut merupakan salah satu isu utama dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan ditakrifkan sebagai pertumbuhan yang terbantut atau kerdil di bandingkan dengan rata-rata rakan seusianya. WHO menetapkan angka prevelansi terbantut di bawah 20 peratus. Justeru, Indonesia termasuk dala...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25343/ http://journalarticle.ukm.my/25343/1/274_284%20Cabaran%20Pekerja%20Sosial%20dalam%20Mengendalikan%20Pengurusan%20Kes.pdf |
| Summary: | Kanak-kanak terbantut merupakan salah satu isu utama dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan ditakrifkan sebagai pertumbuhan yang terbantut atau kerdil di bandingkan dengan rata-rata rakan seusianya. WHO menetapkan angka prevelansi terbantut di bawah 20 peratus. Justeru, Indonesia termasuk dalam salah satu negara yang memiliki isu tersebut. Tujuan kajian adalah untuk memahami cabaran pekerja sosial dalam mengendalikan pengurusan kes kanak-kanak terbantut di Kabupaten Malang. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan kajian kes dan kajian telah dilaksanakan di daerah Kabupaten Malang, Indonesia. Teknik persampelan dalam penyelidikan ini menggunakan pensampelan bertujuan untuk penentuan informan berdasarkan kriteria yang relevan skop kajian. Kajian ini melibatkan tujuh orang informan dari Pekerja Sosial yang terdiri daripada Pendampingan Rehabilitasi Sosial dan Program Harapan Keluarga (PKH) di wilayah Kabupaten Malang. Teknik analisis kajian kes dengan membina penjelasan tentang kes yang berlaku dalam naratif dan dilakukan secara manual. Hasil kajian menunjukkan bahawa informan yang terlibat dalam penyelidikan ini bersifat homogen dalam latar belakang bidang kerjanya. Hal itu memberikan penyelidik mendapati bahawa cabaran yang timbul daripada masyarakat termasuk anggapan bahawa kurangnya penglibatan masyarakat dalam aktiviti program pencegahan kanak-kanak terbantut kondisi persekitaran yang dinamik, serta adanya budaya negatif dalam masyarakat yang dapat mempengaruhi kanak-kanak terbantut, keterbatasan infrastruktur termasuk kesulitan kebolehcapaian terhadap fasiliti kesihatan, belum optimalnya koordinasi dalam pelaksanaan intervensi program, kekurangan bajet operasional. Implikasi penting kajian ini adalah memberikan saranan dalam intervensi praktik pekerja sosial untuk membantu keluarga berisiko mengalami kanak-kanak terbantut dengan menghubungkan atau mengakses perkhidmatan dan sumber daya yang diperlukan. |
|---|