Kuasa dan keuntungan: komodifikasi ekonomi politik televisyen swasta di Indonesia

Kajian ekonomi politik media terhadap stesen televisyen swasta tertumpu kepada bagaimana struktur pemilikan, model perniagaan, pengaruh politik dan regulasi mempengaruhi operasi, kandungan serta peranan sosial media tersebut. Objektif kajian menganalisis ekonomi politik media terhadap lima stesen te...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Novi Erlita, Mohd Nor Shahizan Ali, Wan Amizah Wan Mahmud
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25342/
http://journalarticle.ukm.my/25342/1/262_273%20Kuasa%20dan%20Keuntungan%20Komodifikasi%20Ekonomi%20Politik.pdf
Description
Summary:Kajian ekonomi politik media terhadap stesen televisyen swasta tertumpu kepada bagaimana struktur pemilikan, model perniagaan, pengaruh politik dan regulasi mempengaruhi operasi, kandungan serta peranan sosial media tersebut. Objektif kajian menganalisis ekonomi politik media terhadap lima stesen televisyen swasta di Indonesia iaitu METRO TV, RCTI, SCTV, TRANS7 dan TVONE. Kajian turut melihat tiga aspek komodifikasi, iaitu komodifikasi kandungan, komodifikasi pekerja dan komodifikasi khalayak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti komodifikasi (kandungan, pekerja, dan khalayak) terhadap stesen televisyen swasta di Indonesia pada era pasca orde baru. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, di mana reka bentuk kajian dengan kaedah analisis kandungan bagi meneroka bagaimana cara kelima stesen televisyen tersebut mempersembahkan kandungan berita secara menarik kepada orang ramai, pengiklan dan khalayak. Seramai 24 orang informan telah dipilih untuk temubual mendalam. Iaitu 22 orang informan terdiri daripada kelompok pekerja stesen televisyen swasta di Indonesia iaitu METRO TV, RCTI, SCTV, TRANS7 dan TVONE dan 2 orang informan adalah daripada Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI). Hasil kajian menunjukkan terdapat keseragaman dalam komodifikasi kandungan berita dipelbagai platform media. Berita disiarkan untuk menghasilkan iklan dan keuntungan, manakala kuasa masyarakat turut mempengaruhi berita yang disiarkan. Televisyen swasta memiliki potensi besar untuk menjadi agen perubahan sosial yang positif sehingga munculnya komodifikasi sosial, tetapi cabaran seperti kepentingan korporat dan politik sering kali menghambat fungsi tersebut. Kuasa masyarakat yang dinamik memberi maklum balas berita (like, share dan komen) menjadi asas dalam penerbitan berita di stesen televisyen swasta Indonesia.