Kepimpinan guru dan pembangunan murid di SBP: analisis model berstruktur
Di Malaysia, kepimpinan murid di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menjadi fokus utama dalam melahirkan pemimpin masa depan yang berkualiti. Namun, kajian sedia ada kurang menumpukan perhatian kepada pembangunan kepimpinan murid yang dipengaruhi oleh kepimpinan guru, khususnya dalam proses pengajaran. O...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25334/ http://journalarticle.ukm.my/25334/1/163_180%20Kepimpinan%20Guru%20dan%20Pembangunan%20Murid%20di%20SBP%20Analisis%20Model%20Berstruktur.pdf |
| Summary: | Di Malaysia, kepimpinan murid di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menjadi fokus utama dalam melahirkan pemimpin masa depan yang berkualiti. Namun, kajian sedia ada kurang menumpukan perhatian kepada pembangunan kepimpinan murid yang dipengaruhi oleh kepimpinan guru, khususnya dalam proses pengajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan guru terhadap kepimpinan murid di SBP. Menggunakan pendekatan kuantitatif, kajian ini melibatkan 355 guru sebagai sampel, dengan instrumen soal selidik yang diuji kesahannya melalui analisis Faktor Eksploratori (EFA). Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Amos melalui pendekatan Structural Equation Modeling (SEM). Dapatan utama menunjukkan bahawa kepimpinan guru memberikan pengaruh yang sangat signifikan (β = 0.87) terhadap kepimpinan murid. Analisis juga mendapati tingkah laku kepimpinan guru dalam pedagogi menyumbang sebagai faktor yang paling dominan, diikuti oleh karisma dan kompetensi. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan kepimpinan guru melalui model berstruktur yang dibangunkan dan mencadangkan beberapa strategi untuk memperkukuhkan kepimpinan guru di SBP, termasuk meningkatkan latihan dan pembangunan profesional guru serta menyarankan pendekatan pedagogi yang lebih berpusatkan murid dalam meningkatkan kepimpinan murid di masa depan. Hasil kajian ini memberi panduan kepada pengamal pendidikan dalam merancang intervensi yang lebih efektif bagi memperkasa kepimpinan murid di SBP, serta memberikan asas untuk penambahbaikan dasar pendidikan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). |
|---|