Keberhasilan pembasmian kemiskinan melalui agihan zakat bantuan modal perniagaan
Zakat merupakan satu daripada lima rukun Islam yang yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim yang memenuhi syarat tertentu. Agihan zakat telah diperluaskan dalam bentuk produktif iaitu skim bantuan modal perniagaan bagi membina potensi asnaf fakir dan miskin yang berkelayakan bagi meningk...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25323/ http://journalarticle.ukm.my/25323/1/13_26%20Keberhasilan%20Pembasmian%20Kemiskinan%20Melalui%20Agihan%20Zakat%20Bantuan%20Modal%20Perniagaan.pdf |
| Summary: | Zakat merupakan satu daripada lima rukun Islam yang yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim yang memenuhi syarat tertentu. Agihan zakat telah diperluaskan dalam bentuk produktif iaitu skim bantuan modal perniagaan bagi membina potensi asnaf fakir dan miskin yang berkelayakan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka secara mampan. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan mendeskripsi bentuk nilai tambah program Usahawan Asnaf terhadap pemerkasaan potensi ekonomi serta mengukur tahap peningkatan taraf ekonomi usahawan asnaf terlibat berasaskan Teori Modal Insan. Pengumpulan data telah dilakukan melalui edaran soal selidik melibatkan 40 orang usahawan asnaf yang dipilih melalui teknik persampelan bukan kebarangkalian jenis teknik persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis secara deskriptif melalui nilai kecenderungan terpusat iaitu min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati nilai tambah program Usahawan Asnaf terhadap pemerkasaan potensi ekonomi usahawan anaf, berlaku dalam bentuk peningkatan kemahiran keusahawanan, ketersediaan sumber modal perniagaan dan peluang pemasaran produk. Tahap peningkatan taraf ekonomi usahawan asnaf menunjukkan tahap pencapaian yang tinggi. Dapatan ini membuktikan pelaksanaan agihan zakat dalam bentuk program keusahawanan asnaf dapat mengurangkan kemiskinan jangka masa panjang bagi kelompok asnaf yang mempunyai kemampuan berniaga selari dengan Teori Modal Insan. |
|---|