Perbandingan aktiviti fotoelektrokimia busa logam nikel selepas olahan haba dan disalut dengan Fe2O3 bagi aplikasi pembelahan molekul air
Pembelahan air secara fotoelektrokimia menggunakan tenaga cahaya yang diserap oleh fotoelektrod untuk menghasilkan elektron dan lohong yang membelah molekul air kepada hidrogen dan oksigen. Bahan fotoelektrod dalam kajian ini disediakan melalui proses elektroendapan Fe2O3 di atas busa logam nikel (N...
| Main Authors: | , , , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25306/ http://journalarticle.ukm.my/25306/1/ST%2016.pdf |
| Summary: | Pembelahan air secara fotoelektrokimia menggunakan tenaga cahaya yang diserap oleh fotoelektrod untuk menghasilkan elektron dan lohong yang membelah molekul air kepada hidrogen dan oksigen. Bahan fotoelektrod dalam kajian ini disediakan melalui proses elektroendapan Fe2O3 di atas busa logam nikel (Ni-busa). Pembentukan NiO secara in-situ di atas Ni-busa semasa penyepuhlindapan udara menjadikannya serasi dengan Fe2O3 dan meningkatkan prestasi bahan fotoelektrod. Ketumpatan arus maksimum pada pincang voltan 1.2 V bagi Ni-busa kosong, Ni-busa olahan-haba dan Fe2O3/Ni-busa adalah 290, 150 dan 275 mA/cm2 dengan anggaran penghasilan hidrogen sebanyak 1.5, 0.8 dan 1.4 μmol/s. Fotoarus bagi Fe2O3/Ni-busa dan Ni-busa-olahan-haba adalah 20 dan 10 mA/cm2 manakala Ni-busa kosong tidak menunjukkan fotoarus. Arus gelap yang tinggi pada ketiga-tiga sampel menunjukkan aktiviti pemangkinan yang tinggi oleh elektrod berasaskan Ni-busa dalam tindak balas evolusi oksigen (OER). Walaupun Fe2O3/Ni-busa menunjukkan ketumpatan arus maksimum yang sedikit lebih rendah, pengendapan Fe2O3 mengurangkan pengoksidaan Ni dan penyinaran cahaya meningkatkan ketumpatan arus keseluruhan Fe2O3/Ni-busa hampir dengan Ni-busa kosong. |
|---|