Status kualiti tanah di Pulau Orang Utan Bukit Merah, Perak, Semenanjung Malaysia
Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai status kualiti tanah di Pulau Orang Utan Bukit Merah (BMOUI), menfokuskan kepada ciri fiziko-kimia, kandungan nutrien dan kepekatan logam berat. BMOUI adalah satu-satunya pusat rehabilitasi dan pemuliharaan orang utan yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Se...
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25299/ http://journalarticle.ukm.my/25299/1/ST%209.pdf |
| Summary: | Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai status kualiti tanah di Pulau Orang Utan Bukit Merah (BMOUI), menfokuskan kepada ciri fiziko-kimia, kandungan nutrien dan kepekatan logam berat. BMOUI adalah satu-satunya pusat rehabilitasi dan pemuliharaan orang utan yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Sebanyak sepuluh stesen persampelan tanah atas (0-30 cm) telah diambil di BMOUI. Parameter ciri fiziko-kimia tanah yang dianalisis adalah taburan saiz zarah, bahan organik (BOT), pH, kekonduksian elektrik (KE), kapasiti pertukaran kation (KPK), kandungan nutrien tersedia (fosforus, kalium, magnesium) dan logam berat terpilih. Semua analisis fiziko-kimia, nutrien tersedia serta logam berat dalam tanah dilakukan mengikut kaedah penentuan yang piawai. Hasil analisis menunjukkan tekstur tanah didominasi oleh lempung berpasir. Kandungan bahan organik tanah dikelaskan sederhana berjulat antara 5.01 hingga 7.28%, kekonduksian elektrik 2383.33 hingga 2536.67±49.22 μS/cm manakala kapasiti pertukaran kation berjulat daripada 7.90 hingga 13.91 cmolc/kg. Nilai pH tanah berjulat antara 3.87 hingga 6.28 iaitu sangat berasid hingga sederhana berasid, manakala kepekatan nutrien tersedia dikelaskan daripada sangat rendah hingga sederhana. Kepekatan logam berat berada di bawah paras normal yang dibenarkan di dalam tanah. Secara amnya tanah di BMOUI adalah sederhana sesuai bagi pertumbuhan tumbuhan dan pihak pengurusan perlu mengambil langkah yang bersesuaian untuk meningkatkan kesuburan tanah di kawasan berkenaan. |
|---|