Potensi mikrosfera karbon sebagai pengkapsul mangkin aluminium sulfat

Mangkin aluminium sulfat (Al2(SO4)3) memainkan peranan yang penting terutamanya dalam penghasilan bahan kimia ringkas kerana memiliki tapak asid Lewis dan Brønsted. Walau bagaimanapun, fungsi Al2(SO4)3 masih terhad kerana ia mudah terdegradasi pada tindak balas kritikal yang menyebabkan kebocoran ta...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Azyan Zulkefli, Muhammad Nur Faez Mohd Sahaid, Muhammad Ashman Hakimi Azizan, Sharifah Nabihah Syed Jaafar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25298/
http://journalarticle.ukm.my/25298/1/ST%208.pdf
Description
Summary:Mangkin aluminium sulfat (Al2(SO4)3) memainkan peranan yang penting terutamanya dalam penghasilan bahan kimia ringkas kerana memiliki tapak asid Lewis dan Brønsted. Walau bagaimanapun, fungsi Al2(SO4)3 masih terhad kerana ia mudah terdegradasi pada tindak balas kritikal yang menyebabkan kebocoran tapak aktif pada hasil akhir tindak balas. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkapsulkan Al2(SO4)3 dengan mikrosfera karbon melalui kaedah emulsi (tunggal dan ganda dua) dengan memvariasikan penambahan ammonium bikarbonat (NH4HCO3) pada setiap lapisan emulsi. Keputusan mikroskop optik (OM) mendapati bahawa mikrosfera karbon-aluminium sulfat (MK-Al2(SO4)3) yang melalui emulsi ganda dua memberikan saiz mikrosfera yang lebih besar (4.11-4.73 μm) berbanding emulsi tunggal (1.29 -1.83 μm). Analisis mikroskop elektron imbasan (SEM) pula menunjukkan MK-Al2(SO4)3 tanpa kehadiran porogen, berjaya membentuk sfera yang sempurna dan mempunyai permukaan yang licin berbanding sampel yang ditambahkan dengan porogen. Walau bagaimanapun, penggunaan porogen 15% (lapisan emulsi pertama) dan 20% (lapisan emulsi kedua) didapati mempengaruhi kebolehmasukan Al2(SO4)3 ke dalam mikrosfera karbon dan dapat dilihat melalui difraktogram XRD dan termogram TGA-DTG.