Pengesahan kertas penapis whatman Gred 595 sebagai kertas serapan untuk persampelan cecair krevis gingiva
Pengesanan penanda biologi sebagai alat diagnostik telah dikaji secara meluas. Dentin Sialofosfoprotein (DSPP) yang biasanya ditemui di dalam cecair krevis gingiva (GCF) merupakan penanda biologi awal untuk pengesanan penyerapan akar gigi. Pada masa kini, kertas serapan Periopaper® adalah satu-satun...
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25297/ http://journalarticle.ukm.my/25297/1/ST%207.pdf |
| Summary: | Pengesanan penanda biologi sebagai alat diagnostik telah dikaji secara meluas. Dentin Sialofosfoprotein (DSPP) yang biasanya ditemui di dalam cecair krevis gingiva (GCF) merupakan penanda biologi awal untuk pengesanan penyerapan akar gigi. Pada masa kini, kertas serapan Periopaper® adalah satu-satunya pilihan berkos tinggi yang membolehkan persampelan GCF. Antara pengganti Periopaper berkos rendah adalah kertas penapis Whatman® Gred 595 (W595). Oleh itu, kajian ini bertujuan mengesahkan kertas W595 sebagai pengganti bagi kertas Periopaper® dengan kos yang lebih rendah dan mudah diperoleh. Struktur kertas penapis W595 dikaji pada peringkat mikroskopik menggunakan Mikroskop Imbasan Elektron (SEM), diikuti dengan kualiti penyerapan menggunakan Periotron® 8000 dalam tiga selang masa iaitu T1 (0 s), T2 (15 s) dan T3 (30 s). Seterusnya, penentuan kuantiti penyerapan DSPP ditentukan oleh ELISA manakala ujian sitotoksik titisan sel MC-3T3 melalui pendekatan ujian MTT dan morfologi sel. Hasil menunjukkan bahawa struktur kedua-dua kertas adalah hampir serupa di bawah pemerhatian SEM sehingga pembesaran 200×, tetapi kertas penapis W595 sahaja menunjukkan struktur mikroporositi di bawah pembesaran 1000×. Kualiti penyerapan pula menunjukkan kedua-dua kertas berupaya menyerap GCF pada isi padu yang sama (p>0.05), serta tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) pada kuantifikasi jumlah DSPP melalui pendekatan ELISA. Ujian sitotoksisiti menggunakan titisan sel MC-3T3 menunjukkan kedua-dua kertas mempunyai populasi peratus sel hidup melebihi 50% (IC50). Sel juga didapati mengekalkan morfologi yang sama serta tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) terhadap ketumpatan sel apabila kedua-dua kertas dikulturkan selama 72 jam. Kesimpulannya, kertas penapis W595 mempunyai mikrostruktur, kesan penyerapan GCF, potensi penyerapan molekul DSPP dan kesitotoksikan terhadap sel yang hampir sama dengan kertas Periopaper® dan boleh menggantikannya untuk pengambilan sampel GCF. |
|---|