Asplenium nidus menindas virus herpes simplex pada awal fasa jangkitan, tindakan virusidal dan menurunkan jangkitan progeni

Aktiviti antivirus ekstrak akuas akar Asplenium nidus atau paku langsuir telah diketahui namun cara tindakannya terhadap virus herpes simplex jenis 1 (HSV-1) belum dikenal pasti. Objektif kajian ini adalah menentukan kandungan sebatian dalam ekstrak akuas akar Asplenium nidus (EAAAN) serta tindakann...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nazlina Ibrahim, Mariya Mohd Tahir, Norefrina Shafinaz Md Nor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25296/
http://journalarticle.ukm.my/25296/1/ST%206.pdf
Description
Summary:Aktiviti antivirus ekstrak akuas akar Asplenium nidus atau paku langsuir telah diketahui namun cara tindakannya terhadap virus herpes simplex jenis 1 (HSV-1) belum dikenal pasti. Objektif kajian ini adalah menentukan kandungan sebatian dalam ekstrak akuas akar Asplenium nidus (EAAAN) serta tindakannya terhadap fasa awal jangkitan dan virus tersebut secara terus. Ekstrak akar A. nidus yang ditentukan melalui kromatografi cecair-spektrum jisim/spektrum jisim (LC-MS/MS) terdiri beberapa sebatian flavonoid iaitu metoksiflavon, rutin, katekin, kaempferol dan asid quinik. Penentuan rawatan EAAAN secara pasca jangkitan menunjukkan peratus pengurangan 75% plak pada kepekatan 12.5 mg/mL berbanding peratus pengurangan 60% melalui ujian pra-rawatan sel secara signifikan pada p<0.05. Seterusnya, EAAAN dapat menghalang penjerapan virus dengan bersandarkan dos yang didedahkan dengan kepekatan yang berkesan terhadap 50% aktiviti antivirus (EC50) adalah pada kepekatan melebihi 1 mg/mL. Seawal 15 minit pasca jangkitan (p.j), EAAAN dapat menghalang penembusan virus ke dalam membran sel. Seterusnya asai virusidal menunjukkan EAAAN memberi kesan langsung terhadap zarah HSV-1 dan disahkan berlaku kerosakan sampul virus melalui pencerapan mikroskopi transmisi elektron. Melalui asai kebolehjangkitan progeni virus, berlaku penurunan titer virus progeni berbanding titer progeni virus dalam sel terjangkit tanpa rawatan. Sebagai kesimpulan, kajian ini mengesahkan ekstrak akuas akar A. nidus mengandungi beberapa sebatian flavonoid dengan potensi anti-HSV-1 melalui beberapa tindakan iaitu mengelak jangkitan virus melalui halangan penjerapan dan penembusan virus ke dalam sel iaitu pada fasa awal jangkitan virus, tindakan virusidal yang menyebabkan kerosakan kepada zarah virus dan mengurangkan bilangan progeni virus yang berdayajangkit.