Kesan rawatan dolomit terhadap kekuatan mampatan tanah jerlus dari kawasan penanaman padi MADA, Kedah

Isu tanah jerlus di kawasan penanaman padi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menjadi ancaman besar kepada para petani kerana ia mampu menjejaskan kebolehkerjaan tanah sawah dan jumlah pengeluaran beras negara. Tanah jerlus merupakan tanah tidak subur yang berkelimpahan mineral lempung, mudah di...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nadhirah Mursidi, Mohamed Fauzi Md Isa, Azimah Hussin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25295/
http://journalarticle.ukm.my/25295/1/ST%205.pdf
Description
Summary:Isu tanah jerlus di kawasan penanaman padi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menjadi ancaman besar kepada para petani kerana ia mampu menjejaskan kebolehkerjaan tanah sawah dan jumlah pengeluaran beras negara. Tanah jerlus merupakan tanah tidak subur yang berkelimpahan mineral lempung, mudah dimampatkan, kekuatan mekanikal yang rendah dan kebolehtelapan yang rendah. Kajian ini telah dilakukan untuk meneliti keberkesanan dolomit terhadap cirian mekanikal tanah jerlus dari kawasan kajian. Penambahan dolomit sebagai bahan penstabil telah dilakukan mengikut nisbah 3%, 6%, 9% dan 12% daripada berat kering tanah jerlus dan diawet selama 3, 7, 14 dan 28 hari. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan tanah jerlus dari kawasan kajian mempunyai pH yang neutral (7.64-7.68), berkelembapan tinggi (57.85-66.62%), tinggi kandungan organik (8.37-10.69%), mempunyai nilai indeks keplastikan yang tinggi (17.63-17.69%), memiliki nilai graviti tentu 2.23-2.28 dan bertekstur lempung berlodak. Penambahan dolomit sebagai bahan tambahan rawatan telah dikesan dapat mengurangkan kekuatan mekanikal tanah jerlus. Berdasarkan ujian kekuatan mampatan tidak terkekang (UCS), penambahan 12% dolomit merupakan nilai optimum yang dapat meningkatkan kekuatan tanah jerlus dalam keadaan direndam dan tidak direndam (41.95-679.3 kPa) dengan tempoh rawatan yang berbeza.