Cirian mekanik terpilih dan larutresap bata geopolimer berasaskan amang lombong emas dengan bahan tambah sisa plastik mikro

Penggunaan amang lombong emas (ALE) dan sisa plastik mikro (SPM) mampu mengurangkan kesan masalah lambakan sisa. Penghasilan bata geopolimer (BGP) menggunakan sisa industri sebagai bahan pengikat tanpa melibatkan pembakaran berpotensi sebagai alternatif kepada bata konvensional dan simen portland bi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zulfahmi Ali Rahman, Suhaimi Mohamed Seth, Wan Mohd Razi Idris, Tukimat Lihan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25294/
http://journalarticle.ukm.my/25294/1/ST%204.pdf
Description
Summary:Penggunaan amang lombong emas (ALE) dan sisa plastik mikro (SPM) mampu mengurangkan kesan masalah lambakan sisa. Penghasilan bata geopolimer (BGP) menggunakan sisa industri sebagai bahan pengikat tanpa melibatkan pembakaran berpotensi sebagai alternatif kepada bata konvensional dan simen portland biasa (OPC). Kajian ini bertujuan melihat pengaruh penambahan SPM terhadap sifat mekanik bata geopolimer (BGP) yang dibangunkan daripada sisa lombong emas. Ujian larutresap turut dilakukan terhadap bata geopolimer bagi melihat penggunaan sisa ini terhadap pelepasan beberapa logam berat terpilih. Sampel bata geopolimer dihasilkan daripada campuran ALE (prakursor) dan SPM sebagai bahan tambah di dalam persekitaran beralkali tinggi, NaOH (pengaktif alkali). Tiga set sampel BGP dihasilkan terdiri daripada 100% ALE 0% SPM (SPM0), 95% ALE 5% SPM (SPM5) dan 90% ALE 10% SPM (SPM10). Berdasarkan hasil analisis XRD, didapati ALE mengandungi silikon dioksida, SiO2 (68.4%) dan aluminium dioksida Al2O3 (17.7%). Hasil analisis pengecutan linear mendapati isi padu sampel BGP semakin menyusut dengan pertambahan SPM dengan nilai pengecutan maksimum bagi SPM0 adalah 9.35% dan nilai tersebut terus menyusut kepada 7.18% dan 5.59% bagi SPM5 dan SPM10. Nilai serapan air menunjukkan peningkatan dengan pertambahan kandungan SPM iaitu daripada 1.16% (SPM0), 4.57% (SPM5) dan 4.92% (SPM10). Ini dikaitkan dengan kehadiran sempadan berjarak di antara zarah SPM dan bahan geopolimer. Nilai serapan air yang diperoleh adalah memenuhi syarat bagi bata kejuruteraan Kelas A (4.5%) dan Kelas B (7.0%). Nilai kekuatan mampatan pula menunjukkan penyusutan dengan peningkatan kandungan SPM berjulat antara 10.17 MPa dan 38.50 MPa. Julat kekuatan yang didapati adalah melepasi nilai piawaian MS 76:1972 (2.8 MPa - 5.2 MPa). Ujian larut resap mendapati logam berat yang dibebaskan oleh bata geopolimer (BGP) adalah masih rendah berbanding piawaian USEPA.