Ittisal al-sanad terhadap riwayat Abu Yazid Al-Bistami dalam sanad tarekat Naqsyabandi
Abu Yazid al-Bisthomi merupakan salah seorang perawi yang terdapat dalam sanad tarekat Naqsyabandi. Sanad yang bersambung (ittisal al-sanad) merupakan syarat utama dalam menentukan keabsahan sesebuah sanad. Ulama hadith telah menetapkan syarat pertama hadith sahih adalah Sanad yang bersambung...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25282/ http://journalarticle.ukm.my/25282/1/Al%20Turath_9_2_6.pdf |
| Summary: | Abu Yazid al-Bisthomi merupakan salah seorang perawi yang terdapat dalam sanad tarekat
Naqsyabandi. Sanad yang bersambung (ittisal al-sanad) merupakan syarat utama dalam
menentukan keabsahan sesebuah sanad. Ulama hadith telah menetapkan syarat pertama hadith
sahih adalah Sanad yang bersambung (ittisal al-sanad), namun terdapat sanad yang terputus
dalam sanad tarekat tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis sanad tarekat
Naqsyabandi dan membincangkan rangkaian perawi dalam sanad di mana setiap perawi telah
menerima hadith tersebut secara langsung daripada perawi sebelumnya tanpa sebarang putus
hubungan serta memahami implikasinya terhadap kesahihannya. Metodologi kajian ini
melibatkan analisis terperinci terhadap sanad tarekat Naqsyabandi dengan memberi tumpuan
kepada hubungan antara perawi dan perawi lainnya. Pendekatan kritis terhadap sumber-sumber
hadith digunakan untuk menilai kekuatan sanad yang bersambung. Data yang diperoleh akan
dianalisis melalui kajian perpustakaan. Dapatan kajian diharapkan dapat menyumbang kepada
pemahaman yang lebih mendalam tentang kriteria keandalan sanad hadith dan memberikan
panduan praktis bagi ahli hadith dan para pengkaji. Kesimpulannya, kualiti sanad yang terdapat
dalam sanad tarekat yang terdapat pada sebahagian aliran sanad-sanad tarekat telah hilang nilai
autentiknya, seterusnya melenyapkan kebolehpercayaan terhadap aliran tarekat seperti tarekat
syeikh nazim al-Haqqani. |
|---|