Respon Shaykh Al-Marbawi terhadap isu fiqh ibadat di dalam Quran Bergantung Makna Melayu
Shaykh Mohamad Idris al-Marbawi al-Azhari adalah seorang ulama dan cendekiawan yang memainkan peranan penting dalam pengembangan ilmu Islam di Alam Melayu. Beliau terkenal dengan sumbangannya dalam penulisan yang meliputi pelbagai bidang, termasuk tafsir, hadith, perkamusan, dan sejarah. Kitab...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25279/ http://journalarticle.ukm.my/25279/1/Al%20Turath_9_2_5.pdf |
| Summary: | Shaykh Mohamad Idris al-Marbawi al-Azhari adalah seorang ulama dan cendekiawan yang
memainkan peranan penting dalam pengembangan ilmu Islam di Alam Melayu. Beliau terkenal
dengan sumbangannya dalam penulisan yang meliputi pelbagai bidang, termasuk tafsir, hadith,
perkamusan, dan sejarah. Kitab tafsir beliau, yang dikenali sebagai Quran Bergantung Makna
Melayu, menjadi antara rujukan utama dalam memahami ayat-ayat al-Quran dan isu-isu
berkaitan fiqh ibadat. Oleh itu, artikel ini bertujuan menganalisis pandangan dan pendekatan
Shaykh al-Marbawi terhadap isu-isu fiqh ibadat di dalam Quran Bergantung Makna Melayu. Reka
bentuk kajian yang digunakan ialah analisis kandungan terhadap Quran Bergantung Makna Melayu.
Data dikumpul melalui analisis dokumen dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa Shaykh al-Marbawi tidak hanya memberikan panduan yang jelas tetapi
juga menekankan keperluan untuk melaksanakan ibadat dengan mematuhi sunnah dan
kesempurnaan. Selain itu, beliau juga beriltizam dengan Mazhab Shafi'i dalam tafsirnya, dengan
memberikan penjelasan yang selari dengan prinsip-prinsip mazhab ini serta menjelaskan
tatacara pelaksanaan ibadat berdasarkan pandangan tersebut. Implikasi kajian menunjukan
bahawa Quran Bergantung Makna Melayu adalah kitab tafsir sahih yang boleh diangkat sebagai
karya yang mengandungi panduan yang ringkas dan mudah difahami khususnya berkaitan isu
fiqh ibadah dalam al-Quran. |
|---|