Ketenangan hati menurut surah al-Insyirah
Menerusi era globalisasi ini, tanggungjawab manusia semakin bertambah berikutan berlaku perubahan zaman. Hal ini menyebabkan semakin ramai dalam kalangan masyarakat yang mengalami tekanan sehingga mengganggu kesihatan fizikal mahupun mental. Antaranya akan mengalami masalah kegelisahan, kerisa...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25278/ http://journalarticle.ukm.my/25278/1/Al%20Turath_9_2_4.pdf |
| Summary: | Menerusi era globalisasi ini, tanggungjawab manusia semakin bertambah berikutan berlaku
perubahan zaman. Hal ini menyebabkan semakin ramai dalam kalangan masyarakat yang
mengalami tekanan sehingga mengganggu kesihatan fizikal mahupun mental. Antaranya akan
mengalami masalah kegelisahan, kerisauan serta kekecewaan disebabkan tekanan yang
berlebihan. Kita seringkali bersedih dengan masa lalu dan terlalu risau dengan masa hadapan.
Sedangkan kedua-duanya bukanlah di bawah kawalan kita sepenuhnya. Oleh yang demikian,
ketenangan hati merupakan perkara penting dalam membantu manusia mengurangkan tekanan
serta mengawal emosi dalam melalui kehidupan seharian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif
iaitu berdasarkan sumber dokumen. Ketenangan hati dapat dicapai melalui ajaran agama Islam
dengan melaksanakan suruhan petunjuk di dalam al-Quran. Oleh itu, kajian ini bertujuan
mengkaji Surah al-Insyirah bagi memberi penyelesaian dalam menghadapi kegelisahan hati.
Diketahui umum, bahawa surah ini diturunkan untuk melapangkan dada Rasulullah SAW
dalam menghadapi cemuhan serta kecaman dari kaum kafir pada jalan dakwah Islam baginda.
Hasil penelitian menunjukkan tiga kaedah yang diajarkan dalam surah ini bagi mencapai
ketenangan hati iaitu dengan sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat Allah, jangan berputus asa,
sentiasa bersabar dan bertawakkal selepas berusaha melakukan sesuatu perkara. |
|---|