Metodologi penulisan Kayfa nata‘amal ma‘a al-sunnah al nabawiyyah karya Dr. Yusuf al Qaradawi
Karya-karya penulisan hadith Rasulullah saw telah mencapai kemuncak kegemilangannya apabila muncul para ulamak yang menghasilkan karya-karya mereka dalam bidang hadith seperti Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam al-Tirmidhi, Imam al-Nasa’i dan selain mereka. Namun pada zaman ini...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25276/ http://journalarticle.ukm.my/25276/1/Al%20Turath_9_2_3.pdf |
| Summary: | Karya-karya penulisan hadith Rasulullah saw telah mencapai kemuncak kegemilangannya
apabila muncul para ulamak yang menghasilkan karya-karya mereka dalam bidang hadith
seperti Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam al-Tirmidhi, Imam al-Nasa’i
dan selain mereka. Namun pada zaman ini tidak ramai tokoh-tokoh bidang hadith yang
menceburkan diri dalam penulisan dan penyusunan buku-buku hadith secara meluas. Justeru
itu, kajian mengenainya amat penting kerana karya-karya hadith ini menjadi rujukan seluruh
umat Islam.Kajian ini membincangkan pemikiran tokoh iaitu metodologi penulisan Kitab
Kayfa Nata‘amal Ma‘a al-Sunnah al-Nabawiyyah. Namun begitu, Dr Yusuf al-Qaradawi
dikenali ramai sebagai seorang tokoh ilmuan dalam bidang fiqh.Bahkan kitab beliau yang sangat
terkenal dalam bidang fiqh iaitu Fiqh al-Zakah adalah tesis doktor falsafah yang didaftarkan di
Jabatan al-Quran dan Hadith, Fakulti Usuluddin di Universiti al-Azhar Mesir. Justeru itu kajian
ini berfokus kepada metodologi penulisan kitab Kayfa Nata‘amal ma‘a al-Sunnah al
Nabawiyyah dalam bidang hadith menggunakan kaedah kajian kualitatif. Analisis terhadap
metodologi yang digunakan dalam penulisan kitab ini membawa banyak sumbangan Dr Yusuf
al-Qaradawi dalam bidang hadith khususnya kaedah penulisannya dengan laras bahasa yang
dapat difahami oleh masyarakat awam mahupun para ilmuan.Metodologi pemahaman hadis
juga menjadi penekanan al-Qaradawi dengan menggariskan tujuh kaedah dan cara memahami
hadis.Justeru itu, kajian terhadap kitab al-Qaradawi ini terutama dalam aspek membina
kefahaman hadith dalam kalangan masyarakat termasuk kaedah penulisan yang diterapkan oleh
beliau dapat memberi kesan yang mendalam terhadap para ilmuan yang menceburkan diri
dalam bidang penulisan karya-karya hadith. |
|---|