Kepercayaan berkaitan kematian: mitos atau bersumberkan hadis?
Perbahasan mengenai kepercayaan khurafat telah timbul selari dengan aktiviti pemalsuan riwayat-riwayat hadis Nabi Muhammad SAW. Oleh itu pelbagai usaha dilaksanakan oleh ulama’ bagi menjaga kemurnian hadis Nabi SAW sejak dari abad pertama sehinggalah pada masa kini. Namun didapati masih terdap...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25274/ http://journalarticle.ukm.my/25274/1/Al%20Turath_9_2_2.pdf |
| Summary: | Perbahasan mengenai kepercayaan khurafat telah timbul selari dengan aktiviti pemalsuan
riwayat-riwayat hadis Nabi Muhammad SAW. Oleh itu pelbagai usaha dilaksanakan oleh ulama’
bagi menjaga kemurnian hadis Nabi SAW sejak dari abad pertama sehinggalah pada masa kini.
Namun didapati masih terdapat riwayat-riwayat sintetik dan kepercayaan tertentu yang
disebarkan secara turun-temurun. Salah satu kepercayaan khurafat tersebut adalah berkaitan
kematian. Kajian ini adalah kajian kualitatif melalui pengumpulan data bersumberkan laporan
kajian semasa dan dari kitab-kitab hadis. Enam bentuk amalan dan kepercayaan khurafat
berkaitan kematian dikenalpasti. Kepercayaan kepada perkara khurafat tentang kematian timbul
akibat beberapa faktor, termasuk kurangnya pengetahuan agama, pengaruh budaya dan tradisi
tempatan, mudahnya terpengaruh dengan perkara misteri, pemujaan, keramat serta penyebaran
maklumat yang tidak tepat. Kelemahan dalam pendidikan agama menyumbang kepada kejahilan
mereka selain ketaksuban kepada orang soleh dan auliya serta keramat Bagi menangani masalah
ini, beberapa langkah perlu diambil. Pertama, pendidikan agama yang lebih komprehensif
tentang pentingnya membezakan antara riwayat yang sahih dan tidak sahih. Kedua, penglibatan
ulama dan institusi agama dalam memberi penjelasan dan membanteras amalan khurafat melalui
ceramah dan kempen kesedaran adalah penting. Ketiga, masyarakat perlu diajar untuk
mendapatkan sumber maklumat agama yang diyakini dan benar. Dengan pendekatan ini,
diharapkan kesedaran dan pemahaman tentang akidah yang sebenar dapat diperkukuhkan,
sekaligus mengurangkan amalan khurafat dalam kalangan masyarakat |
|---|