Pendekatan nabawi dalam etika bekerja berasaskan pengendalian masa: realiti dan cabaran

Masa melibatkan aktiviti kehidupan manusia seharian. Pengendalian masa merupakan amalan yang mengaitkan etika dalam urusan komuniti yang pelbagai peringkat dan usia. Sifat amanah dan telus menzahirkan intipati yang membawa makna kepada integriti dan etika. Namun, realitinya pengendalian masa d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abu Dzar Ahmad, Ahmad Haiqal Fitri Ahmad Fuad, Mohammad Haafiz Aminuddin Mohd Azmi, Muhamad Razif Ahmad, Mohd Arif Nazri
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25272/
http://journalarticle.ukm.my/25272/1/Al%20Turath_9_2_1.pdf
Description
Summary:Masa melibatkan aktiviti kehidupan manusia seharian. Pengendalian masa merupakan amalan yang mengaitkan etika dalam urusan komuniti yang pelbagai peringkat dan usia. Sifat amanah dan telus menzahirkan intipati yang membawa makna kepada integriti dan etika. Namun, realitinya pengendalian masa dalam alam pekerjaan lebih mencabar keupayaan diri jika tidak diuruskan dengan sebaiknya. Oleh itu, artikel ini menganalisis pendekatan nabawi dalam etika berkaitan pengurusan masa dengan menggunakan kaedah deduktif dan tematik bertunjangkan kajian kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan nabawi lebih realistik untuk menyemai komuniti mempraktikkan pengurusan masa dapat dikendali di samping menerapkannya sebagai etika bekerja. Pengendalian masa sewajarnya berpaksikan percaturan waktu siang dan malam malahan berasaskan waktu solat membuktikan lebih praktikal mengikut sunnatullah. Pengendalian masa wajar berpandukan waktu yang tersusun dan tersedia. Bahkan, perlu diamalkan sebagaimana gagasan yang dianjurkan sunnah nabawi. Oleh itu, masa dan manusia memerlukan pengendalian yang baik dalam kalangan komuniti bekerja agar dapat digembleng dan diimplementasikan sebagaimana ketegasan Allah SWT di dalam al-Quran dan saranan baginda Nabi SAW.