Pelaksanaan pelaporan kendiri dalam perjanjian penangguhan pendakwaan di Amerika Syarikat dan United Kingdom

Perjanjian Penangguhan Pendakwaan (PPP) merupakan instrumen penting dalam penyiasatan jenayah korporat di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Antara aspek utama PPP ialah keperluan untuk syarikat melaksanakan pelaporan kendiri berhubung dengan potensi salah laku yang berlaku dalam syarika...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sofiah Mohmad Sopah, Hasani Mohd. Ali, Mohd Zamre Mohd Zahir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25260/
http://journalarticle.ukm.my/25260/1/JD%2011.pdf
Description
Summary:Perjanjian Penangguhan Pendakwaan (PPP) merupakan instrumen penting dalam penyiasatan jenayah korporat di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Antara aspek utama PPP ialah keperluan untuk syarikat melaksanakan pelaporan kendiri berhubung dengan potensi salah laku yang berlaku dalam syarikat kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Pelaporan kendiri dalam PPP bertujuan menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti dalam kalangan syarikat dengan melaporkan sebarang salah laku korporat yang berlaku. Hal ini menzahirkan komitmen proaktif oleh sesebuah syarikat untuk menangani salah laku yang telah berlaku dan mencegah pengulangannya di masa hapadan, sekaligus mewujudkan persekitaran korporat yang beretika. Dalam membincangkan hal ini, kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dan pendekatan doktrin undang-undang untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan tentang keperluan pelaporan kendiri dalam PPP di AS dan UK serta meneroka nuansa dan implikasi pelaporan kendiri dalam entiti korporat. Melalui kajian tentang rangka kerja undang-undang di AS dan UK, adalah didapati amalan penguatkuasaan yang berkembang di kedua-dua negara itu termasuk kajian kes undang-undang yang berkaitan sesuai dijadikan rujukan oleh Malaysia dalam pelaksanaan PPP. Hasil kajian ini dapat memberi pemahaman yang jelas tentang cabaran dan kepentingan pelaksanaan pelaporan kendiri secara sukarela dalam sesebuah organisasi ke arah menggalakkan ketelusan dan pembaharuan dalam syarikat atau badan korporat, yang akhirnya membawa kepada penguatkuasaan yang lebih berkesan bagi mencegah salah laku dalam sesebuah syarikat. Makalah ini juga seterusnya mengemukakan cadangan penambahbaikan proses pelaporan kendiri bagi memastikan hasil yang adil dan saksama untuk semua pihak berkepentingan yang terlibat termasuk cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan Malaysia bagi maksud pelaksanaan PPP di Malaysia.