Analisis Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022: perbandingan sebelum dan selepas pindaan serta implikasinya terhadap industri
Pindaan terbaru dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) pada tahun 2022 bertujuan untuk memperkuat peruntukan-peruntukan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), mengambil kira perkembangan baharu berkaitan KKP serta memastikan AKKP sentiasa relevan dalam keperluan industri moden. An...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25256/ http://journalarticle.ukm.my/25256/1/JD%209.pdf |
| Summary: | Pindaan terbaru dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) pada tahun 2022 bertujuan untuk memperkuat peruntukan-peruntukan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), mengambil kira perkembangan baharu berkaitan KKP serta memastikan AKKP sentiasa relevan dalam keperluan industri moden. Analisis terperinci terhadap implikasi pindaan ini menjadi penting untuk memahami bagaimana perubahan tersebut akan mempengaruhi amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, membentuk strategi keselamatan yang lebih berkesan, dan memastikan kepatuhan terhadap undang-undang yang diperbaharui. Dengan pemahaman yang jelas tentang latar belakang pindaan terbaru dalam AKKP, analisis ini memberikan pandangan menyeluruh tentang cabaran dan peluang baharu dalam meningkatkan KKP di tempat kerja, serta langkah utama dalam mencapai sasaran keselamatan dan kesihatan yang lebih baik bagi semua pekerja di negara ini. Perubahan penting yang berlaku kerana pindaan AKKP 2022 ialah pemansuhan Akta Kilang dan Jentera 1967 (AKJ 1967) yang mewujudkan perundangan tunggal berhubung KKP di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan analisis kritikal berhubung keadaan perundangan tersebut sebelum dan selepas pindaan 2022. Kajian mendapati pengwujudan perundangan tunggal dapat mengurangkan permasalahan pertindihan penguatkuasaan dalam peruntukan AKJ 1967 dan AKKP 1994 semasa kedua-dua Akta tersebut dikuatkuasakan. Ini merupakan langkah utama dalam menyeragamkan peraturan keselamatan dan menambah-baik kerangka pematuhan secara menyeluruh di Malaysia. |
|---|