Litar setara dwi jalur antena dwikutub bersepadu untuk aplikasi RFID

Kertas kerja ini membentangkan tentang antena dwi jalur dengan reka bentuk antena dwikutub asas yang disepadukan dengan struktur tampalan berbentuk C untuk aplikasi teknologi identifikasi frekuensi radio (RFID). Tampalan berbentuk C ini diilhamkan oleh antena tampalan berbentuk E yang mampu menghasi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norsuzlin Mohd Sahar, Mohammad Tariqul Islam, Norbahiah Misran, Nur Hazliza Ariffin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25252/
http://journalarticle.ukm.my/25252/1/kejut_23.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini membentangkan tentang antena dwi jalur dengan reka bentuk antena dwikutub asas yang disepadukan dengan struktur tampalan berbentuk C untuk aplikasi teknologi identifikasi frekuensi radio (RFID). Tampalan berbentuk C ini diilhamkan oleh antena tampalan berbentuk E yang mampu menghasilkan frekuensi berbilang jalur. Pada peringkat pertama, reka bentuk litar setara asas dibina iaitu galangan Zo dan Z1 yang berfungsi sebagai antena dwikutub dalam menghasilkan jalur tunggal. Kemudian, litar selari perintang, pengaruh dan kapasitor (RLC) sebagai galangan Z2 disambung pada litar asas mewakili rekabentuk tampalan yang dimuatkan bagi mempengaruhi frekuensi salunan yang dikehendaki. Variasi C1 dan L1 pada galangan Z1 memberi kesan jurang antara dua frekuensi resonans tanpa mengubah lebar jalur dengan mengalihkan frekuensi yang lebih rendah. Selain itu, variasi C2 dan L2 pada galangan Z2 pula mempengaruhi nisbah antara dua frekuensi resonans tetapi kedua-dua frekuensi dialihkan dan lebar jalur berubah. Oleh itu, hasil keputusan dwi jalur dibentangkan iaitu 0.915 GHz untuk aplikasi UHF RFID dan 2.4 GHz untuk aplikasi ISM RFID dengan mengubah nilai komponen perintang, pengaruh dan kapasitor. Data dari simulasi elektromagnet dibandingkan dengan data yang diramalkan oleh pemodelan litar antena. Data pengukuran sampel frekuensi pula dilaporkan dalam bentuk S-parameter bagi mewakili data simulator domain masa dalam perisian P-SPICE. Reka bentuk tampalan berbentuk C boleh dikawal secara bebas untuk mendapatkan nilai jalur bawah dan jalur atas dengan melaraskan lebar dan panjang tampalan tersebut. Prestasi antena yang dicadangkan ini menunjukkan bahawa antena dwi jalur untuk aplikasi RFID terhasil dengan baik di mana hasil dapatan antara yang diukur dan disimulasikan adalah hampir sama.