Analisis gender: menyingkap kecenderungan ahli Parlimen dalam menyuarakan isu rakyat
Gender dapat diklasifikasikan sebagai satu konstruksi sosial yang membezakan peranan, perwatakan serta perlakuan antara lelaki dengan wanita. Kesaksamaan hak mengikut konteks perundangan antara lelaki dan wanita diperuntukkan dengan jelas dalam Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan. Setiap Ahli Parlim...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25249/ http://journalarticle.ukm.my/25249/1/JD%206.pdf |
| Summary: | Gender dapat diklasifikasikan sebagai satu konstruksi sosial yang membezakan peranan, perwatakan serta perlakuan antara lelaki dengan wanita. Kesaksamaan hak mengikut konteks perundangan antara lelaki dan wanita diperuntukkan dengan jelas dalam Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan. Setiap Ahli Parlimen menggalas tanggungjawab yang sama untuk menyuarakan hak dan kebajikan rakyat di kedua-dua Majlis Mesyuarat Parlimen. Institusi Parlimen adalah landasan terbaik bagi Ahli Parlimen untuk membincangkan permasalahan rakyat serta hala tuju negara pada masa kini dan hadapan. Selain diwakili oleh 189 (85.1 peratus) Ahli Parlimen lelaki, Parlimen Keempat Belas turut ditunjangi oleh seramai 33 (14.9 peratus) Ahli Parlimen wanita. Statistik ini jelas menunjukkan representasi wanita dalam parlimen pada masa ini, masih jauh untuk mencapai tahap 30 peratus. Oleh itu, kajian ini menganalisis soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk mengenal pasti kecenderungan Ahli Parlimen dalam mengutarakan isu rakyat. Data berkaitan kecenderungan Ahli Parlimen mengikut gender diperolehi melalui analisis yang dilakukan ke atas soalan lisan dan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen kepada Dewan Negara dan Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Pertama dan Kedua Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas pada tahun 2021 sahaja. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjentik minda pembuat keputusan untuk menggubal dasar yang lebih bersifat gender responsif, dan wanita diberi ruang untuk menyumbang secara holistik dalam pembangunan negara. Dapat disimpulkan bahawa kerusi Parlimen perlu diisi oleh lebih ramai wanita supaya isu rakyat dibangkitkan secara inklusif di dalam Majlis Mesyuarat Parlimen dan menjadi sebahagian daripada dasar dan pelan pembangunan negara. |
|---|